wow it was fun time in JB. fun with a capital F ok. especially bila peserta import dari bangkok turut serta. lokasi? rumah baru tompok yg berada di bandar something-something putra (tak ingat laa aku apa nama tempat nie hehe..).
rumah dia nie masih lagi virgin.. in the sense that semua benda still inside plastik. tompok memang suker laa benda2 dalam plastik ni kot. so bila nak potong bawang, pisau masih dalam plastik. nak guna papan pemotong, masih dalam plastik. even pinggan mangkuk pon still ada tanda harga ok.
but still ok lah.. pinggan mahal. tax custom JB sahaja dah mencecah RM180. in fact, agaknya tanda harga tu memang sengaja ditinggalkan nak bagi she-who-should-not-be-named aka RBS jeless....
sampai sahaja rumah, rupa2nya we all peserta2 kehormat nie terjebak menjadi mangsa kerahan tenaga memotong bawang, sayur bagai untuk menu berbuka. sampai even bila tetamu jemputan sampai untuk berbuka puasa pon, we all still dalam fiesta potong-memotong. akhirnya tetamu jemputan itew hanya pasrah berbuka dengan juadah bazaar ramadhan sahaja...
yg ni pon still ok lah.. sebab bini dia siap kata, memorable sungguh datang jauh2 semata-mata untuk berbuka dengan lauk pauk bazaar ramadhan tersebut..
akhirnya pukul 8.30pm baru lah lauk pauk semua siap. menu hari itu, merangkap sessi berbuka puasa 2nd stage, ialah ketupat nasi berserta kuah lodeh (bukan londeh ok.. ingat tu) dan sambal tumis udang.
hasil setelah kami membanglakan diri selama 2 jam
bangla2 imported from luar negeri + tuan rumah
rasa? trez magnifique, walaupun kuah lodeh berwarna pucat sebab serbuk kunyit lupa beli. ada ke aku disuruh ketuk rumah jiran mintak kunyit? patut tak? hehe.. but everything else was perfect lah. tak percaya? lihat saja bentuk2 potongan sengkuang di dalam kuah lodeh itew...
bila dah tersandar kekenyangan bagai ular sawa yg baru menelam seekor kambing gurun, masing2 pon terlena dalam rahap.. eh, i mean, atas sofa. sampai bila RBS sampai pon tak perasan. RBS bawak bahulu. cheh bahulu aje? mana kuih raya coklat chip yg fames itew??
memandangkan tompok sudah mengajak ustaz kecik untuk berbuka bersama, tapi sengaja tidak memberi alamat rumah dengan harapan ustaz kecik dapat ilham meneka di mana dia tinggal, menyebabkan takde mana2 ustaz pon menyertai sessi berbuka kami, maka esoknya kami sebulat suara mebuat keputusan untuk membuat lawatan sambil belajar ke pasir gudang.
pasir gudang di mana ustaz kecik ini tinggal terletak kira2 40 menit sahaja dari bandar something-something putra, tapi sudah pon terletak di zon iklim berbeza. kerana sampai sahaja si sana, langit tetiber mendung dan angin bertukar dingin sehingga kami semua terperplex...
dah setahun tak jumpa ustaz kecik, aku nampak dia sedikit kecik dan lebih fit berbanding setahun lepas semasa berjumpa di pizza hut reunion. ini mesti gara2 banyak merempit dengan basikal mountain nie. even sports channel yg tak wujud di rumah tompok pon, menyiarkan sukan rempit basikal ini ok. ustaz obsessed!
aku bagi peluang laa mereka2 yg berkenaan melepaskan rindu dendam sambil aku diam2 bermain lego. yg best, dia ada buku AAJ graduation yg mengandungi karangan bahasa jepun yg kami tulis. wah, masa bila aku mengaryakan karangan masterpiece 'shukudai ga kirai da!!' itew?? langsung tak ingat ok. ternyata ginkgo biloba yg aku telan tu tak memberi kesan apa2. balik nie harus aku komplen kat nature's farm.
sesudah melawat jiran ustaz yg membuat bisnes spa di rumah sendiri, dan kemudian membuat spekulasi2 liar mengenai jiran tersebut, we all balik kembali ke bandar something-something putra, pickup kereta aku dan menuju balik ke tambak. disebabkan peserta bangkok harus kembali ke rahmatullah, i mean, ke bangkok, maka kita merancang untuk berbuka puasa di singapore sahaja lahh...
sebelum meninggalkan bandar something-something putra
berbuka puasa di afghanistan (nama manja restaurant di N2 tampines ave 2) pon ok jugak, sebab tak crowded, dan nasi ayam sambal dia best! ada pulak rojak char kueh yg aku suker, plus goreng cempedak. air? kopi ais tarik. fuh kepuasan di tahap klimaks ok.
sementara menunggu masa untuk ke airport, we all mencuci2 mata melihat scene2 yg tak menarik langsung di swimming pool rumah aku. then aku hantar tan balik ke toa payoh, bilamana we all realized jalan balik menuju ke airport jam giler.
huh? tak pernah2 jam tetiber hari tu jam? ni yg nak jadi alanis morisette nie. ok so we have 30 minutes before the check-in gate closes, and a highway yg tetiber jam. bolley?
maka dengan serta merta aku transformed, terperasan menjadi pelumba F1 city track singapore, melalui celah2 barisan alternative jalan merentasi balestier dan geylang untuk bypass bahagian highway yg jam, masuk semula highway di paya lebar dan memecut laju menuju garisan penamat di terminal satu.
sampai saja, aku pon ala2 screech burnt tyre kat tepi pintu masuk arrival hal (padahal sebenarnya aku berenti dengan penuh sopan santun belakang taxi yg lembab banget). aku tunggu dalam kereta ok samada we made it on time ke tidak. tetiber hamba Allah ini menelepon mengatakan check-in kaunter dah totop, and then kata.. usoooo!! he was kidding. wah evil ok!! hahaha...
so all and all everything turned up ok lahh. kalau ada sesiapa hantar santau ke, polong ke sebab kami merosakkan plan bercuti mereka, maka ternyata santau dan polong itu tidak menjumpai kami di bandar something-something putra yg tiada internet, apatah lagi di pasir gudang yg bersinar dengan cahaya keimanan (kecuali rumah spa yg mencurigakan iteww lahh).
thanks guys, and let's do this again!!
...adie
yg aku tak tahannn tuhh,
ngan misai misai udang tuh pon masukkkkkkkkkkkkkkk sekalik dalam periukkk...ala-ala nak makan kena selak misaiiiii......waduhhh,kok sexy ala-ala datuk K gituhh...
nasib baik takde yg tanya,"ni ko masak udang ke ko maska datuk K??"
kahkahkah
October 8, 2009 at 7:42 AM
eh aku ikut arahan jek ok.. misai tu tompok kata jangan buang,.. kalau aku, buang kepala tinggal kaki dan ekor jek... aku pasrahhh okeee
October 13, 2009 at 12:25 PM