Blogger Templates by Blogcrowds

Ramadhan buzz

Monday, September 7, 2009

Last weekend aku tak gi mana2 pon. Stay singapore jek. Terdetik gak nak turun JB sebab they all kat sana berbuka kat Blue Wave (ntah amendenyer Blue wave nie pon aku tatau.. Yg pasti dengar macam Grand. Jangan kelab dangdut ke.. Sudahh), tapi since Tan merangkap human navigator aku tak available, menunaikan tanggungjawab dia di kuil, aku pon lepak2 rumah jek. Ok laa at least got chance to explore Singapore punya Ramadhan buzz kan.

Kalau nak tau, Ramadhan buzz kat sini (Singapore) lain laa dengan Malaysia. Kalau bazaar Ramadhan kat KL, masa dekat2 berbuka tu laa klimaks membeli makanan sampai lupa diri. Lalu celah2 kelompok manusia berimpit-impit di tgh2 deretan gerai nak membeli roti john, roti bom bagaii tu, ala2 bagaikan nak melontar kat Jamratul Aqabah pon ada. Cuma bukan lontar batu, tapi lontar duit.

Kat Singapore semalam, pukul 6 lebih pegi bazaar Ramadhan kat Kampong Glam, makanan2 sumer dah tinggal rejects. Dah abiss ok. Ada laa roti tirai satu peket yg nampak macam kain buruk tak bersidai, nasi yg lauk pauk tinggal kacang panjang yg lebih bawang dari kacang. Sekali tu nampak lemang, terus aku teruja tapi rupa2nyer tinggal lemang jek. Rendang sumer abisss.. Nak makan lemang dengan apa?? Kicap? Sadis btol.

Gerai2 and Restaurant pulak selalu tutup lepas sessi berbuka. Ada sekali tu aku balik lambat, pekerja misali nak abiskan keje kat opis laa katakan. So aku bedal dulu biskut2, apa2 laa atas meja opis aku nie selain daripada kertas dan stapler. ala kadar jek. Lepas tu balik, dekat pukul 8 baru sampai ke kedai2 melayu. Tapi engkau, they all dah pancut2 air atas simen nak totop kedai. Abis tu aku nak makan apa?? Uwaaaa… terjelepok aku kat kaki lima ok…

Kat Malaysia meriah. Sampai time sahur pon ada kedai bergelimpangan di sana sini. Kira ko nak terawih kat kedai mamak sambil tengok US Open pon bolley. Orang Malaysia flexi laa. Kat sini sekali tu aku nak singgah sahur sebelum hantar Tom ke airport to take early flight, yg bokak Mc Donalds jek. Apa kelass kan makan Mc Donalds time2 bulan puasa nih.

Anyway, last weekend laa last aku berbuka puasa di kota Singa ini sebab next weekend aku ada plan nak paint Kukup town red. Uppss.. Ok maybe paint Kukup town Green laa kan sempena bulan puasa. Dolly pon ada nanti, sebab tu laa organizer committee go all out nak organize. Hmmm apa2 laa Cik Kiah. Yg pasti aku tak sabar nak ambik dodol melaka yg aku kirim dari Jamal. Orang sumer kata sedap. Aku harap2 jek yg mengacau dodol tu malas mengacau bulan2 puasa nie sampai dodol2 tu berkerak. Aku sejak azali suker makan kerak dodol ok, tapi apakan daya orang mengacau dodol terlebih rajin sampai perfect takde kerak. aku suka sebab dia crispy2.. ala2 makan dodol ada walnut gitew....

Alamak2.. Mereka2 yg pegi lunch tadi dahpon balik. So aku kena laa sambung berpura2 membuat kerja ahahaha…

Happy berpuasa everybody!! (to Selangorian aka Cow-head state yg cuti Nuzul Quran ari nie, I hate you!!!!)



..adie

1 comments:

  1. Bangla Tambak Johor said...

    tak habis habis ngan kerakkk dodol..ko kawen jer lag ngan anak tokeyyy dodols...kehkeh

    October 8, 2009 at 7:43 AM  

Post a Comment