Blogger Templates by Blogcrowds

dendang perantau

Wednesday, September 16, 2009

ari nie dah 26 Ramadhan ok..

rasanya baru semalam bangun sahur for the first time, tetiber sekarang tak sampai seminggu lagi dah nak raya.

dah nak kena start selongkar gerobok keluarkan travel bag untuk packing baju2 raya bawak balik kampung. dah nak kena mengira2 berapa duit nak withdraw untuk bagi duit raya. dan bagi last-minute king, dah gelabah carik2 masa nak singgah bayar zakat fitrah.

kad2 raya elektronik pon orang dah start hantar. kalau dulu dapat kad raya tu boleh laa digantung2 kat dinding, atau tabur atas meja supaya boleh riak, menunjuk2 kengkonon diri ini glamer laa dapat byk kad raya. tapi zaman serba e-canggih nie, kad2 raya orang hantar e-kad ajer. tak gantung2 dah, paling bangsat pon buat wallpaper...

tahun nie pulak we go one step further, tak main dah hantar pakai e-mail. obsolete kata orang jawa. leceh kan nak hantar satu2, sorang2. so sekarang kita pakai facebook ajer. lepas tu publish kat wall. hah, terus beratus2 orang dapat. convenient, rite?

sampai ntah sapa2 orang pelusuk mana, non-muslim pon secara automatik akan dapat e-kad nie sekali. yelah sekarang friends added pon random, semata2 untuk jadi barn buddy or farmville neighbours. agaknya orang kat africa balik dari safari bukak facebook, terus terperplex, (~alihsuara ke bahasa malaysia) amende ker nyer "hari raya" nie???

aku dah apply cuti. tahun nie aku plan cuti seminggu. hah lama kan? yelah sanak saudara lama tak jumpa. sebagai anak rantau yg terkontang kanting sorang2 mencarik rezeki di tempat orang nie, sanak saudara tu stardard jumpa setahun sekali jer, time raya.

which is for some of them, actually still ok sebab we are facebook buddies. takut kan? sekarang no privacy ok, sepupu sepapat sumer dalam facebook. aku bangun makan sahur apa pon depa2 nie lagi tau dari mak aku. tak payah jumpa pon. cuma atuk, makcik, pakcik kat kampung yg takde internet bak rumah Tompok di bandar something-something putra tu jer, kena bertandang untuk bertanya2 khabar.

tahun nie baju melayu pon aku beli. lengkap satu set ok. walaupun standard pakai sekali dua jer setahun, tapi sebab tamak haloba punya pasai, ghairah nampak kaler hijau tergantung dengan diskon RM82 di the curve, terus terbeli. hmm.. takpelaa.. kita azam pakai baju nie for the next 5 years. takyah beli2 lagi. in fact, kalau aku kawin pon, aku buat tema hijau supaya boleh pakai baju nie. bolley???

selalu aku belikan kek lapis monica indonesia untuk mak aku dari bazaar ramadhan geylang serai tiap2 kali raya, supaya boleh dihidang pada orang datang beraya yg kita tak berapa suker, dan di kala lauk2 pauk raya dah habis tak sempat nak top up. tapi tahun nie memandangkan warga indonesia dah benci kita, aku pon idak laa membeli. instead, aku nak belikan mak aku rempah kari malabar 10 packet supaya lazat lauk kari di rumah...

ok laa everybody.. selamat menyambut 10 malam terakhir ramadhan!!



...adie

sessi melondeh di johor baharu

Monday, September 14, 2009

wow it was fun time in JB. fun with a capital F ok. especially bila peserta import dari bangkok turut serta. lokasi? rumah baru tompok yg berada di bandar something-something putra (tak ingat laa aku apa nama tempat nie hehe..).

rumah dia nie masih lagi virgin.. in the sense that semua benda still inside plastik. tompok memang suker laa benda2 dalam plastik ni kot. so bila nak potong bawang, pisau masih dalam plastik. nak guna papan pemotong, masih dalam plastik. even pinggan mangkuk pon still ada tanda harga ok.

but still ok lah.. pinggan mahal. tax custom JB sahaja dah mencecah RM180. in fact, agaknya tanda harga tu memang sengaja ditinggalkan nak bagi she-who-should-not-be-named aka RBS jeless....

sampai sahaja rumah, rupa2nya we all peserta2 kehormat nie terjebak menjadi mangsa kerahan tenaga memotong bawang, sayur bagai untuk menu berbuka. sampai even bila tetamu jemputan sampai untuk berbuka puasa pon, we all still dalam fiesta potong-memotong. akhirnya tetamu jemputan itew hanya pasrah berbuka dengan juadah bazaar ramadhan sahaja...

yg ni pon still ok lah.. sebab bini dia siap kata, memorable sungguh datang jauh2 semata-mata untuk berbuka dengan lauk pauk bazaar ramadhan tersebut..

akhirnya pukul 8.30pm baru lah lauk pauk semua siap. menu hari itu, merangkap sessi berbuka puasa 2nd stage, ialah ketupat nasi berserta kuah lodeh (bukan londeh ok.. ingat tu) dan sambal tumis udang.



hasil setelah kami membanglakan diri selama 2 jam


bangla2 imported from luar negeri + tuan rumah



rasa? trez magnifique, walaupun kuah lodeh berwarna pucat sebab serbuk kunyit lupa beli. ada ke aku disuruh ketuk rumah jiran mintak kunyit? patut tak? hehe.. but everything else was perfect lah. tak percaya? lihat saja bentuk2 potongan sengkuang di dalam kuah lodeh itew...

bila dah tersandar kekenyangan bagai ular sawa yg baru menelam seekor kambing gurun, masing2 pon terlena dalam rahap.. eh, i mean, atas sofa. sampai bila RBS sampai pon tak perasan. RBS bawak bahulu. cheh bahulu aje? mana kuih raya coklat chip yg fames itew??

memandangkan tompok sudah mengajak ustaz kecik untuk berbuka bersama, tapi sengaja tidak memberi alamat rumah dengan harapan ustaz kecik dapat ilham meneka di mana dia tinggal, menyebabkan takde mana2 ustaz pon menyertai sessi berbuka kami, maka esoknya kami sebulat suara mebuat keputusan untuk membuat lawatan sambil belajar ke pasir gudang.

pasir gudang di mana ustaz kecik ini tinggal terletak kira2 40 menit sahaja dari bandar something-something putra, tapi sudah pon terletak di zon iklim berbeza. kerana sampai sahaja si sana, langit tetiber mendung dan angin bertukar dingin sehingga kami semua terperplex...

dah setahun tak jumpa ustaz kecik, aku nampak dia sedikit kecik dan lebih fit berbanding setahun lepas semasa berjumpa di pizza hut reunion. ini mesti gara2 banyak merempit dengan basikal mountain nie. even sports channel yg tak wujud di rumah tompok pon, menyiarkan sukan rempit basikal ini ok. ustaz obsessed!

aku bagi peluang laa mereka2 yg berkenaan melepaskan rindu dendam sambil aku diam2 bermain lego. yg best, dia ada buku AAJ graduation yg mengandungi karangan bahasa jepun yg kami tulis. wah, masa bila aku mengaryakan karangan masterpiece 'shukudai ga kirai da!!' itew?? langsung tak ingat ok. ternyata ginkgo biloba yg aku telan tu tak memberi kesan apa2. balik nie harus aku komplen kat nature's farm.

sesudah melawat jiran ustaz yg membuat bisnes spa di rumah sendiri, dan kemudian membuat spekulasi2 liar mengenai jiran tersebut, we all balik kembali ke bandar something-something putra, pickup kereta aku dan menuju balik ke tambak. disebabkan peserta bangkok harus kembali ke rahmatullah, i mean, ke bangkok, maka kita merancang untuk berbuka puasa di singapore sahaja lahh...



sebelum meninggalkan bandar something-something putra



berbuka puasa di afghanistan (nama manja restaurant di N2 tampines ave 2) pon ok jugak, sebab tak crowded, dan nasi ayam sambal dia best! ada pulak rojak char kueh yg aku suker, plus goreng cempedak. air? kopi ais tarik. fuh kepuasan di tahap klimaks ok.


menunggu masa berbuka puasa di tampines N2



sementara menunggu masa untuk ke airport, we all mencuci2 mata melihat scene2 yg tak menarik langsung di swimming pool rumah aku. then aku hantar tan balik ke toa payoh, bilamana we all realized jalan balik menuju ke airport jam giler.

huh? tak pernah2 jam tetiber hari tu jam? ni yg nak jadi alanis morisette nie. ok so we have 30 minutes before the check-in gate closes, and a highway yg tetiber jam. bolley?

maka dengan serta merta aku transformed, terperasan menjadi pelumba F1 city track singapore, melalui celah2 barisan alternative jalan merentasi balestier dan geylang untuk bypass bahagian highway yg jam, masuk semula highway di paya lebar dan memecut laju menuju garisan penamat di terminal satu.

sampai saja, aku pon ala2 screech burnt tyre kat tepi pintu masuk arrival hal (padahal sebenarnya aku berenti dengan penuh sopan santun belakang taxi yg lembab banget). aku tunggu dalam kereta ok samada we made it on time ke tidak. tetiber hamba Allah ini menelepon mengatakan check-in kaunter dah totop, and then kata.. usoooo!! he was kidding. wah evil ok!! hahaha...

so all and all everything turned up ok lahh. kalau ada sesiapa hantar santau ke, polong ke sebab kami merosakkan plan bercuti mereka, maka ternyata santau dan polong itu tidak menjumpai kami di bandar something-something putra yg tiada internet, apatah lagi di pasir gudang yg bersinar dengan cahaya keimanan (kecuali rumah spa yg mencurigakan iteww lahh).

thanks guys, and let's do this again!!




...adie

Ramadhan buzz

Monday, September 7, 2009

Last weekend aku tak gi mana2 pon. Stay singapore jek. Terdetik gak nak turun JB sebab they all kat sana berbuka kat Blue Wave (ntah amendenyer Blue wave nie pon aku tatau.. Yg pasti dengar macam Grand. Jangan kelab dangdut ke.. Sudahh), tapi since Tan merangkap human navigator aku tak available, menunaikan tanggungjawab dia di kuil, aku pon lepak2 rumah jek. Ok laa at least got chance to explore Singapore punya Ramadhan buzz kan.

Kalau nak tau, Ramadhan buzz kat sini (Singapore) lain laa dengan Malaysia. Kalau bazaar Ramadhan kat KL, masa dekat2 berbuka tu laa klimaks membeli makanan sampai lupa diri. Lalu celah2 kelompok manusia berimpit-impit di tgh2 deretan gerai nak membeli roti john, roti bom bagaii tu, ala2 bagaikan nak melontar kat Jamratul Aqabah pon ada. Cuma bukan lontar batu, tapi lontar duit.

Kat Singapore semalam, pukul 6 lebih pegi bazaar Ramadhan kat Kampong Glam, makanan2 sumer dah tinggal rejects. Dah abiss ok. Ada laa roti tirai satu peket yg nampak macam kain buruk tak bersidai, nasi yg lauk pauk tinggal kacang panjang yg lebih bawang dari kacang. Sekali tu nampak lemang, terus aku teruja tapi rupa2nyer tinggal lemang jek. Rendang sumer abisss.. Nak makan lemang dengan apa?? Kicap? Sadis btol.

Gerai2 and Restaurant pulak selalu tutup lepas sessi berbuka. Ada sekali tu aku balik lambat, pekerja misali nak abiskan keje kat opis laa katakan. So aku bedal dulu biskut2, apa2 laa atas meja opis aku nie selain daripada kertas dan stapler. ala kadar jek. Lepas tu balik, dekat pukul 8 baru sampai ke kedai2 melayu. Tapi engkau, they all dah pancut2 air atas simen nak totop kedai. Abis tu aku nak makan apa?? Uwaaaa… terjelepok aku kat kaki lima ok…

Kat Malaysia meriah. Sampai time sahur pon ada kedai bergelimpangan di sana sini. Kira ko nak terawih kat kedai mamak sambil tengok US Open pon bolley. Orang Malaysia flexi laa. Kat sini sekali tu aku nak singgah sahur sebelum hantar Tom ke airport to take early flight, yg bokak Mc Donalds jek. Apa kelass kan makan Mc Donalds time2 bulan puasa nih.

Anyway, last weekend laa last aku berbuka puasa di kota Singa ini sebab next weekend aku ada plan nak paint Kukup town red. Uppss.. Ok maybe paint Kukup town Green laa kan sempena bulan puasa. Dolly pon ada nanti, sebab tu laa organizer committee go all out nak organize. Hmmm apa2 laa Cik Kiah. Yg pasti aku tak sabar nak ambik dodol melaka yg aku kirim dari Jamal. Orang sumer kata sedap. Aku harap2 jek yg mengacau dodol tu malas mengacau bulan2 puasa nie sampai dodol2 tu berkerak. Aku sejak azali suker makan kerak dodol ok, tapi apakan daya orang mengacau dodol terlebih rajin sampai perfect takde kerak. aku suka sebab dia crispy2.. ala2 makan dodol ada walnut gitew....

Alamak2.. Mereka2 yg pegi lunch tadi dahpon balik. So aku kena laa sambung berpura2 membuat kerja ahahaha…

Happy berpuasa everybody!! (to Selangorian aka Cow-head state yg cuti Nuzul Quran ari nie, I hate you!!!!)



..adie

satu pening di bulan ramadhan

Friday, September 4, 2009

pening.

benci betul kalau pening, susah nak buat apa2. rasa kepala ni nak diletakkan atas pinggan.. eh salah. atas bantal jek. tapi apakan daya. sekarang still time bekerja. bekerja demi mencarik sesuap nasi. panadol extra pulak takleh telan sebab puasa. isk dugaan....

sesuap nasi untuk berbuka karang ialah berkemungkinan besar nasi ayam sambal. hehe.. actually not good kan, pikir2 pasal makan waktu berpuasa. tak barakah giteww..

this weekend i have no plan. well, except nak set rambut raya har har har. actually tom and the geng ajak bokak puasa kat bandaraya JB esok tapi si tan pulak busy ngan activity2 temple dia. aku nie jenis yg kalau drive sorang cross tambak johor ke JB rasa cuak, tak selamat.

takpe laa.. boleh aku kemas2 rumah sikit. tukar air ikan. buang exprired products dari kabinet2 dapur. keluarkan minggu lepas punya groceries dari dalam plastik supermarket etc etc. sebab minggu depan weekend satu lagi we ols dah kompem nak gi kukup.

actually aku memasrahkan jek diriku ini mengikut mereka2 dan anak mereka ke kukup. cadangnya biar tenpat terpencil supaya kita senang berkaraoke di bulan ramadhan ini. boleh tak? ahahaha.. ok lah.. kita karaoke lagu nasyid jek.

anyway, yang penting kita boleh berbuka, dan bersahur bersama sama. tak kisah laa kat kukup ke, kat JB ke, yg penting kita tidak ditangkap oleh majlis ugama islam johor sebab err.. ok takde sebab laa untuk kita ditangkap..

dolly baru ajak pegi penang. wah sejak aku dapat base kat penang lepas jumpa amai tuhari, aku excited ok nak pegi penang. last time aku betul2 pusing penang ialah masa zaman cross laut naik feri kuning yg dilabelkan dengan nama2 pulau, eg feri pulau tioman, pulau kapas etc menuju ke pulau pinang. suaku tak? sekarang aku dengar dah pon cadang nak buat jambatan kedua.

cuma ntah bila ek? lepas cuti raya seminggu, aku dah plan nak gi macau/hong kong in october, lepas tu phillipines in november. bulan december ok kot. hmmm....

eh cakap pasal travel nie hilang pulak pening aku sket. apakah maknanya ini?



...adie