Blogger Templates by Blogcrowds

incident di geylang serai parking lot

Saturday, September 13, 2008

aku baru jek managed dapat parking sebelah tg katong complex. banyaknyer kereta beratur tunggu parking nak pegi bazaar ramadhan geylang serai, so rasa macam menang lottery okee dapat parking within 5 minutes...

keluar kereta jek, aku dengar...

'assalamualaikum...'

ohh aku terperplex. gelap2 tuh, siap takut okee..

nasib baik salam, buatnyer 'ma robbuka..' tak ke kena heart attack aku??

oh baru aku perasan ada mamat berbaju melayu lusuh dan berkopiah kat belakang pintu. hmm dari pandangan pertama lah.. bukan local nih. sure dari sebelah2 bangladesh, pakistan sana..

macam mana dia tau aku melayu gelap2 tu aku pon tak tau. aku dah laa pakai basketball sleeveless shirt, cargo shorts dan pakai cap pulak tuh.

aku merembeskan sinar terang cahaya keimanan laa agaknya.. ahaks!

tiba2 dia hulur buku macam surah yassin..

'ambil ini.. saya dari pakistan... donation blah blah blah..'

aku tulis blah blah blah sebab time tu telinga aku dah stopped mendengar. dah byk aku jumpa orang macam nie okee.. katalah dia memang dari pakistan kan, apa dia buat kat sini? dah tentu ada saluran lain yg betul untuk kita menderma. tak payah laa ambush aku gelap2 kat parking lot geylang tuh.

cepat blah!

belum sampai 10 langkah tiba2 kan...

ada van berenti. terus sorang chinese, about late 20-ish, pakai cap, bukak pintu meluru keluar approached aku..

alamak.. kalau dia nak colek aku, harus aku menjerit.

'hey brader... u wan home theater system?'

what?? cepat2 aku menggeleng. aku bila berdepan dengan situasi2 unexpected lagi suspicious nih, automatic jek aku kata taknak. buat la apa pon. takdenyer aku nak analysis2 memikir2 yg orang tu niat baik ke tak.

'brader, i'm not selling, i have one extra. u wan?'

dia tanya lagi sambil van cermin gelap pelan2 tu merapati we alls. alamak, ayashi kunai?? apa kejadahnyer dia nak bagi aku home theater free? setakat van putih buruk dia pakai tuh, dah tentu bukan millionare laa kan, nak bersedekah tak tentu pasal.

aku tak paham. agaknya ada dadah ker dia seludup dalam home theater system tuh, nak suruh aku transport ke mana2. isk simpang!!

cepat lari!

'it's ok, it's ok, i have already'...

aku menjawab sambil cepat2 jalan ke arah bertentangan tempat ramai orang melepak. apa dia buat kat belakang aku aku pon tak tau. jangan dia kejekan kereta aku ker, dah... carik victim lain, takpe.

isk tak sangka aku happening pulok parking lots sebelah tg katong complex nih.



...adie

0 comments:

Post a Comment