bawah kira yang terakhir
Thursday, September 25, 2008
or dalam bahasa jawa nyer - the final countdown.
waa lagi dua tiga ari jek before aku balik cuti raya ke KL. member2 opis asyik kata, another week.. another week right.. hmm they all mesti missed aku kat lunch table haha.. yelah, aku ni penghangat suasana dengan gossip2 semasa...
ok few things to do before that.
1) exchange duit
pagi ni aku bukak pc, terpampang kat my vista screen on the left
SGD 1.000
MYR 2.405
cheh dah turun ker? baru few days ago MYR 2.427. kalau aku exchange 1 million dollars, tu dah rugi RM22 ribu. banyak kan? buleh buat downpayment kereta sebijik.
...except kalau aku bawak balik 1 million dollars untuk raya, chances are aku tak pakai kereta murah2 laa.. maybe instead, naik private jet balik rembau.
anyway, aku kena tukar duit untuk duit raya by tomorrow. tak kisah laa ada cousin perli2 nak singapore dollars ke apa ker, kita rakyat malaysia, cintai malaysia, so hah cintai lah ringgit malaysia..
2) bayar zakat fitrah
yg ni kalau tak bayar, nanti last minute mesti beratur nak bayar sebelum sembahyang raya. tak ke lece.. lagi pon lagi afdhal kita bayar kat tempat kita duduk kan. even though ni singapore, ada jugak orang miskin terbiar kat sini.
macam rumah anak yatim darul ma'wa tempat aku bayar zakat last year, bangunan and facilities dia very the simple. ramai pulak budak2 kat situ so they definitely need our care lahh...
last year they all bagi aku sebalang kuih raya dengan sebungkus kari powder lepas aku bayar zakat. aku terperplex. aku nak ambik pon serba salah. yelah..karang termakan harta anak yatim saper yg susah?
tapi aku terima jek. tak sopan laa kan nak tolak. agaknya ada org derma berlori-lori kuih raya tak termakan kot.
aku dengar dari member keje kat malaysia, kadar zakat lain2 ikut negeri. kadar zakat kat selangor yg termurah dalam m'sia.. RM5.20 jek... penang RM7.30, terengganu sampai RM8.00. makin miskin negeri tu, makin mahal ke zakat fitrah nye?
apsal ek? hmm agaknyer sebab negeri miskin banyak org miskin, so banyak lagi ler duit zakat yg diperlukan, so mahal kot.
tapi kan.. bukan jumlah zakat tu bergantung pada harga beras yg kita makan ker?
ntah laa.. janji harga zakat kat simei, toa payoh dan woodlands samer jek ahaks!
3) visit my hair dresser.
hmm.. apa pesen aku nak buat raya ni? punk? rock? nerds? hehe.. saja jer laa kan. sebab raya ni nak ambik banyak gambar, and everybody knows gambar tu kekal ke akhir hayat.
tengok macam gambar dalam buku teks sejarah sekolah rendah, gambar temenggung jugah anak barieng. aku expect dia pegi set rambut sebelum ambik gambar tuh. terus famous sampai sekarang.
maybe kita lupa tarikh, lupa insiden2 sejarah sumer, tapi gambar dan nama tu kita still ingat kan? that just shows, how powerful and long-lasting impression our image could create.
alasan...
anyway, tu jer laa aku punya main to do list...
yg lain2, ermm nak kena packing.. nak figure out how to bring kek lapis legit monica moschovitz, kek lapis sarawak, keropok udang dan ketam pulau aur, kerepek pedas batam, hadiah2 kecik for my latest nephew, etc etc inside my bag nak harung bawak naik bas balik kl.
but before all that, now nak kena tido.. sebab esok pagi nak carik kayuuuuu nak carik kayuuu... heh heh..
...adie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
final downdown?
bkn final countdown ke?
erkk..musykil nih..
September 25, 2008 at 9:22 AM
hehe ngantuk laa sis masa tulis tuh.. silap pon tak nampak.
corrected :)
September 25, 2008 at 9:25 AM