so.. macam mana geylang serai tahun nih?
hmmm light-up decoration not as bad as last year yg nampak murahan sangat. tahun ni ok jek.. simple. quite nice but nothing special laa.. dah 8 tahun aku kat kota singa nih, takde laa aku terkinja2 tengok lampu lip lap tuh.
yg aku excited? makanan... haaa tadi berbuka kat circuit road makan vegetarian nasi lemak jek. hasrat di hati nak makan something light sebab lepas tuh nak gi geylang kan.
unique tak? aku sure takde laa antara korang, suku sakat korang yg buka puasa makan vegetarian nasi lemak. jangan main2, dia punya sambal, perrghhhhh sedap beb!
so makan part 2 would be in geylang lah. kalau korang musykil, sebab aku tak berbuka terus di geylang serai adalah kerana kalau tak buat prior reservation, alamat berbuka tepi longkang laa jawabnyer.
memang banyak laa makanan di geylang serai malam ramadhan, kira kalau nak suap satu somalia memang cukup agaknyer.
cuma aku ni memilih. aku tak pandang laa daging hiris bbq ker, mee goreng, kuey teow goreng, kebab, roti john bagaii.. yg aku carik? cempedak goreng. ntah kenapa mengidam pulak aku cempedak goreng. so aku beli 2 dollar (abang tu bagi extra 1, so dapat laa 5 bijik), makan berdiri tepi jalan. tan pulak beli apam balik.
takde laa gambar. dah tangan berminyak, tak kuaso lah den nak menyenap gambar.
seperti biasa, banyak gerai2 jual baju raya, langsir raya, kuih raya, kereta raya, duit raya.. eh sampul duit raya.. manusia melacak okee..berjalan kat celah2 gerai tu macam nak masuk rock concert, rapat2. macam mass orgy laa gituh..
aku ingat nak beli kek lapis legit, tapi dia jual 11 dollar laa pulok. biasa 10 dollar jek. blood sucker, dasar ambik kesempatan. so takdo laa den membeli.
we all tawaf satu section ke satu section. hmm kalau ada baju melayu yg aku berkenan orait gak. aku baju melayu dalam 12 tahun lepas, ada laa buat 3 kali. pathetic gituh.. kalau aku citer kat TV3 ruangan bersamamu tu kiranya layak laa agaknyer aku masuk.
tapikan baju2 melayu dan baju kurung/kebaya kat kota singa nih mak aiiih.. modern! baju kebaya siap berlabuci2, ada pulak part2 transparent. potongan pulak sendat. memang kalau bersin ke, sedawa ke, gerenti koyak kat tepi. memang sexy laa.. kira kalau saadiah pegi hollywood, baju tu laa agaknya yg dia pakai. nak pakai masuk kampong aku kat rembau? harus ko kena rejam dengan batu.
baju melayu orang sini panggil baju kurung. hahaha pelik laa. aku masuk kedai jek, pekedai tu tanya, nak carik baju kurung untuk awak yea.. hahaha... anyway, baju melayu pon penuh fesyen tau. siap ada sulam sulaman kat kolar, lengan baju bagaaiiii... pendek kata, jaafar onn makan hati gituww kalau aku pakai..
cuma aku ni nak balik kampong rembau, tak seswoooaaii laa pakai baju liplap liplap sangat. nanti riuh pulak satu kampong tengok orang singapore lupa diri masuk kampong.
so aku pilih ada satu baju nie, warna taik anjing.. upss. warna gold. sempena olympic beijing laa nih, ambik warna gold. kolar dia unique, ada pulak diamond berapa karat ntah sebagai butang, lepas tu pocket dia pon stylo. simple, unique and not over-doing at all.
harga? 52 dollar. aku padankan pulok ngan sampin 40 dollar. so lengkap laa baju raya melayu aku heh heh..
adie's project raya 2008 checklist
- tiket bas balik raya - check!
- geylang serai pilgrimage - check!
- baju melayu raya - check!
- baju non-melayu raya - check!
- kek monica lapis legit moschovitz - hmm nak kena bali satu lagi..
- zakat fitrah - ....
....upsss!
...adie
0 comments:
Post a Comment