Blogger Templates by Blogcrowds

everything happens for a reason (or does it?)

Wednesday, October 15, 2008

wah ari ni aku rasa aku gigih keje kat opis. haha.. dapat settle satu issue. tu pon dah bagossss ok sebab time2 nih mostly org tengah pikir pasal...

RECESSION.

kalo ko tengok kat cafeteria, penuh manusia bincang pasal keadaan ekonomi semasa. salah satu topicnyer? haaa.. pasal this joint venture company yg aku nak join dedolu tuh.. dekat2 awal tahun gak laa. alaa yg kat woodlands tuh.. biler time interview aku jek blank kan, tiba2 otak aku macam komputer kena reformat depan interviewer.. last2 memang tak dapat masok.

hah nak tau?

company tu belum start operasi pon, dah layoff orang!! kelmarin aku dengar 60% org dia disuruh carik keje lain. semalam 90% pulak.. dan ari ni 95%. jadiknyer, 95% org yg dah diambil utk bakal keje kat situ, dah dibebaskan okee.. so tinggal laa 5%. aku ingat mesti tukang cuci, tukang bokak/totop lampu, pak guards jek yg tinggal dalam 5% tuh. most of colleagues2 aku yg successful transfer ke sana, maybe tak dapat laa masuk company aku balik kan.. sebab dah kena replaced.

waaaah nasib baik aku tak masok. syukur sesangat okee. kalau tak kan.. aku musti tengah belek2 sok-khabar time nih nak carik keje. so ada hikmahnyer tiba2 aku blank time interview tuh. who knows this thing could happen? dulu rasa macam grand sgt kalau dapat transfer.

kesimpulannyer, everything happens for a reason.

macam aku call plumber datang rumah aku ari ni nak baiki toilet aku punye flush tank dan sinki yg tersumbat. aku kena charge 200 dollars. wah aku ingat.. banyaknyer? sampai beratus2 ke nak baiki tanki flush tuh? aku ingat dalam 50 dollars gitu, tapi rupa2nyer pam bodo dalam toilet tu harga dia 160 dollars okee. jangan main2. ni 1st time laa kan aku panggil plumber, aku pon tak tau nak expect berapa harga. kalau aku kena ketok pon, overcharge aku pasrah jek. hmm takpe laa.. everything happens for a reason kan?...

upss.. tepon.

brb....

.....



laa.. mak aku call, bagitau rumah kat kl kena sambar petir. habis kena tv dan komputer. tv aku dengar ok, tapi komputer monitor padam.
ni 2nd time okee, kena sambar petir. eventhough unlikely jer kena di antara beribu2 rumah kat keramat tuh, kenapa asyik rumah aku jek yg kena? why? why? mak aku kata ari tu ada cina cakap sebab piring astro tuh tinggi, kat atas bumbung tingkat dua, padahal letak rendah kat balcony pon ok sebab piring tu bukan macam antenna. ntah lah... mesti ada hikmahnyer kot. everything happens for a reason kann...

yg pasti aku lepas mak aku call tadi dok godeh2 website dell.com.my nak carik support center punya contact, nak suruh orang datang rumah baiki. tapi susahnyer.. website dia klik sini pergi sana klik sana pergi sini. dia seboleh2nyer letak 1000 manual kat website supaya tak payah orang datang rumah. masalah aku bukan virus ker hapa, program corrupted etc tapi monitor takleh bukak. ko letak 1000 manual pon, bukan aku dapat troubleshoot.

haizzz... lady luck musti masih cuti beraya lagi nih. takpon dah padam tercekik kuih raya...



...adie

reunion oh reunion

Tuesday, October 14, 2008

aku nengok gambo member2 sama blaja kat jepon dulu punya gathering. they all met up last weekend kat kl. kira macam reunion laa.. eventhough cuma 18 org jek yg datang out off, hmmm.. dekat2 seratus orang gak laa yg pegi jepon dulu. 18 orang tu pon termasuk anak bini.

actually aku tak paham btol orang yg datang reunion bawak anak bini. kita dah laa lama tak jumpa, nak borak2, tapi end up banyak interruption sebab kena layan budak2. masa pon jadi sekejap. anak nangis laa, nak susu bagaii.. letak laa anak kat rumah sekejap barang sejam dua, suruh mak ke orang gaji ke jaga. ni tak, aku tengok gambar muka masing2 tak nampak sebab tengah menyuap anak.

maybe nak kenalkan anak bini ler tu. isk seriously, most of the time aku tak kisah pon kalau tak jumpa anak2 beranak tuh. kalau aku, aku cuma nak proper conversation with my friends, nak catch up things sejak kita leave jepon dulu. so takyah laa nak tayang anak2 tuh. biar laa cute mana pon sebab most of the time yg perasan cute, kita sendri jek.

haa ada dengar macam sour grape tak? hahaha..


...adie

weekend report card

Sunday, October 12, 2008

saturday

1100 - aku plan nak pegi rumah relative aku kat pasir ris nak bagi jemputan kahwin adik aku nov nanti. aku ingat nak datang beraya sekali lah tapi dari sms conversation macam jumpa sekejap pass kad jek. dah siap mandi nih, baru aku realized yg kad tu aku tertinggal dalam celah buku kat office. cheh.
Grade:D

1230 - aku drive ke panasonic kat jalan bukit merah, dekat IKEA alexandra sana. videocam aku punya viewing screen blacked-out ler so aku hantar for repair. videocam ni dah 5 tahun okee baru sekarang ada serious trouble. kesimpulan? good quality. aku sampai ke service counter tu ingat kena beratur lama, tapi ada dua tiga orang jek tengah hantar barang untuk repair.. wah.. aku terus terpikir, mesti berkualiti kot barang2 panasonic, takde byk yg rosak gituh. service officer tu kata maybe kena charge up to 150 dollars untuk repair. kalau takde spare part, maybe kena hantar ke jepun. eeek!! aku nak guna videocam ni masa wedding adik aku nanti. camne? camne?
Grade:B

1330 - aku singgah makan vegetarian food kat jalan bukit merah, dah terlanjur dekat. aku selalu pergi dengan tan tempat ni masa dia keje kat alexandra road dulu. aku sekarang dalam mission kembali ke pre-hari raya shape, so hajat di hati tu nak makan herbal noodles laa. don't laugh ok. tapi takde laa pulak, lama aku menatap menu tuh ala2 macam baca kitab.. so in the end aku main order jek sheng mian, rupa2nya mee crispy dalam kuah hitam tuh. hmmm aku even tak sure if it was that healthy. bummer.
Grade:C

1500 - kawan ofis aku datang 2 orang ke rumah aku. they all selalu datang swimming kat condo aku punya swimming pool sebab tak ramai orang compared tu public swimming pool. ko tau laa singapore ni orang dia keje berenang jek. cuba tanya orang kl, berapa orang yg tau berenang? condo aku ni banyak indiana jones, yg tak berapa suka kot air2 nih.. so most of the time swimming pool tu sepi jek. privacy gituh kalau guna. so aku pun join sekali sebab kalau sorang selalu malas jek nak pegi. elok2 cuaca pun dari panas jadi mendung, air pulak suam2 kuku. very nice swimming session merangkap sessi berangan jadi michael phelps.
Grade:A

1700 - nak tau, rupa2nya kawan aku tuh baru beli kereta! toyota vios sport, weekend car for 31K dollars. murah! ambik loan 23K so bayar downpayment 8K dollarsjek. isk jealous okee. bukan jealous kat kereta vios tu kan, tapi sebab kereta dia baru. sebelum they all balik, aku belek2 kereta dia. masuk bau kereta baru lagi, bau leather. rasa kereta aku tu macam dah lama. isk isk.
Grade:C

2200 - watched movies back to back kat rumah. first, citer 'untraceable'. pasal this guy torture orang then broadcast live in internet. the more orang log in tengok, lagi cepat yg kena torture tu mati. thriller story. my verdict? 7/10. then tengok citer the forbidden kingdom. citer ni mula2 mengantuk aku tengok sampai tertido kejap tapi part2 last lawan2 tuh, segar pulak mata aku. aku memang suka citer kungfu2 yg ada terbang2 nih. so my verdict 6/10. aku tido pukul 2.30am.
Grade:B+


sunday

0930 - aku bangun. terlupa nak tengok spongebob dan totally spies kat tv. isk. godeh2 pc kejap tulis blog. ingat nak turun basuh kereta tapi itu ini begitu begini dah pukul 11am. janji ngan tan nak pegi JB pukul 12. so tak jadi lah aku membasuh. alah kereta kotor sikit, kalau bawak laju2 orang perasan ke? ahaks!
Grade:B

1200 - drive ke toa payoh, pickup tan, dan pegi ke jb. wah causeway tak banyak kereta. very the abnormal okee.. selalu tu berbondong-bondong lah kereta nak masuk jb. ntah nak buat apa kat jb tu pon aku tak tau. cuma kat malaysian custom macam hanjeng skett, slow banget. immigration officers malaysia banyak cuti raya ke? slow ya amat. kadang2 15 minit tak jalan oke. apa masalahnyer.. cop passport jek kan? kenapa lama sangat? agaknya passport orang tu dari muka depan sampai muka belakang dia nak baca. terus khatam sadokallahulazim gituh. baru cop. dah laa panas2 dalam kereta, aircond pun tak rasa. berbakul2 laa we all umpat malaysia time menunggu tuh.
Grade:C

1300 - sampai rumah nora kat larkin residence. ada kawan2 dia termasuk laa sorang perempuan jepun yg pakai baju kurung yg tersangatlah cantiknya. terus aku tanya tailor mana dia tempah kat singapore. hehe mana tau nak tempah baju melayu tahun depan. nora masak nasi impit, kuah lontong dan rendang daging. aku nak cakap, rendang daging nora jadik! rasa macam the actual rendang daging okee. bukan rendang brahim tau. tulen bang. lepas aku makan, nora buat pulak personal desert, letak aiskrim dalam gelas tinggi tuh, potong strawberry dan tabur chocolate rise. wah personal touch.. service manten okee..tak sia2 aku meredah onak belantara kastam malaysia ke jb.
Grade:A

1530 - sempat jumpa tompok sekejap, dia datang dari kempas. sempat laa salam beraya kan. tompok kata dia masa bulan puasa berat turun 4 kilo. lepas raya, naik 4.5 kilo. hehe boleh? makan lemang 2 batang, mana taknye ihikkss!! sempat laa bergambar kejap, walaupun tak pakai baju raya. upss.. aku pakai baju raya okee.. bukan baju melayu laa tapi.
Grade:A


me, tom and nora. ada macam anak, bapak, dan orang gaji? hehehe..

me and tan (masa ni aku perasan..eeek!! post-raya figure!)



1730 - masa drive balik ke singapore, singgah kat yio chu kang dengan tan sebab aku teringin nak makan sushi. yelah dah lama sejak sebelum bulan puasa tak makan sushi. nak pulak, sushi ni termasuk dalam healthy food laa kan. 99 cents sepinggan kat nihon mura. murah oke.. dan kualiti dia bukan laa kualiti sampah macam sushi king kat mesia tuh. pathetic sangat saper yg makan sushi king. very plastic. cuma sebelum nak masuk parking tu aku brek mengejut nak buat left turn, sikit lagi kereta belakang nak langgar. panjang hon aku kena. hehe.. hazukashikattak wa.. (malu di tahap hampir maksimum).
Grade:B

2000 - tengah berbelah bagi. harus ke aku turun sekejap pegi gym or swimming. malas rasanya. esok will be a hectic day at work, belum apa2 dah terasa kepenatananya. ermm.. maybe i should conserve some energy dan just work out tomorrow? esok malam ada plan main tennis.. hmmm
Grade: not gradable.


Whole Weekend Grade:B
~ almost realistically quite down-to-earth enjoyable



...adie

Raya 2008 Xposed

Saturday, October 11, 2008


bergambar di pagi raya. bapak aku tengah salin baju melayu kat atas rumah time ni, so aku, my mum, small bro and sis rehearsal dulu ambik gambar. stress tau ambik gambar raya, mesti lawa2 berseri2 bak macam baru lepas mandi bunga...




hah ni dia baju raya beta. kuning gold di raja, so time duduk tu boleh laa berangan tengah bersemayam atas takhta. suker pulak aku design baju ni. beli siap kat singapore. mak aku punya komen? eh baju ni takde pesak.. nak tau apa dia pesak? tanya lah tailor anda...




haa ni bapak aku dah turun so bergambar laa kita complete sekeluarga. complete time tu yg ada kat rumah laa. adik laki aku no2 on the way datang dari rumah mertua dia time nih, dan adik laki aku sorang lagi ada kat new york blaja..

semua orang kata bapak aku nampak garang. termasuk laa aku.. takut woo masa kecik2 dulu hehehe..




hidangan pagi raya. ketupat daun palas dengan dendeng daging, nasi impit dengan kuah kacang dan serunding daging, kek lapis monica dan kek lapis sarawak. time ni makan memang lupa dunia punyer lah.. lupa dunia ingat akhirat.. bolley??




gambar beta lagi. mata beta tak tahan kena flash, asal ada flash jek, mata beta pon akan kuyu lah macam tak tidor malam 3 hari buat qiyamullail lepas tarawikh..




ok fast forward ke hari raya kedua. hari raya kedua we all drove down to kampung datuk aku kat negeri sembilan. kampung we all ni sebelah jalan keretapi, so ni hah adik aku bercanda dgn cousin we all kat atas landasan.

attention: do not try this at home!




rumah datuk aku. masa aku kecik2 dulu beranda kat depan tu takde. sekarang beranda tu become a very nice place to lepak2 time tengah panas. berangin jek..duduk kat luar tu boleh gak sambil mengumpat dengan orang baring atas rumah through the windows. memang strategic laa.. raya kalau orang datang bertandang, tak payah pon ajak naik rumah, dok situ jek..




merce berlatarbelakangkan rumah kecik kat belakang. nice contrast, modern and ermm.. traditional?? ahahahaha..




pokok rambutan nie baru jer habis berbuah. masa bulan puasa aku dengar lebat lagi. kalau time lebat berbuah tu, dari tingkap atas rumah boleh petik. makcik aku johan memanjat. aku sorry ler.. panjat tiang letrik bulehh..









...adie

the amazing puduraya race

Friday, October 10, 2008

tiap2 kali aku balik ke singapore dari kl, aku ambil bas di puduraya. selalunya bapak aku akan hantar aku ke station lrt cempaka, dan dari situ aku ambik train ke station plaza rakyat aka puduraya.

ahad lepas, macam biasa bapak aku hantar aku ke station cempaka. aku selalu pergi awal sikit sebab pernah sekali train tiba2 berhenti kat station maluri. no announcement no nothing. sengap jek. aku cuak sebab kalau tak jalan nanti tertinggal bas. last2 tunggu tak jalan2, aku blah ambik taxi.

but ahad lepas, the train ride was smooth laa pulak. sampai di plaza rakyat, aku pun pelan2 jalan ke kaunter transnasional puduraya. aku dah siap2 upload e-book dalam laptop so this time tak payah beli apa2 reading material.

sampai2 je ke kaunter transnasional, aku terus check information board, yg biasa ada tulis bas2 yg akan berlepas.

alor star 11.00am
kuala terengganu 9.30am
ipoh 10.30am
sungai petani..
kuantan..


eh? mana bas ke singapore?

tiba2 aku ternampak kertas putih terpampang kat sebelah kaunter.

'dari 15 september ke 15 oktober 2008, semua bas menghala ke selatan akan bertolak dari station bas stadium bukit jalil'

hah?

aku check ticket bas aku.

5 Oktober 2008. naik di puduraya.

hah?

laaa.. tukar station ker? isk... aku kat kl dah laa terputus dengan info2 media massa sebab media2 gov ni memang bapak aku dah block. takde national tv, or normal mainstream newspaper kat rumah. macam mana aku tau station bas dah berubah tempat?

aku buat2 bodo tanya abang kat kaunter,
'bang, bas ke singapore naik kat bukit jalil ke?'

'ha ah'

oh god.

'kalau nak pergi sana, naik lrt. jalan jam',
abang tu sambung.

baik laa pulak. ni information salah atas ticket ni sapa nak bertanggungjawab nih? aku tengok jam. alamak, lagi 20 minit to 10.30am. tak sempat aku nak melazer.

isoganakucha!

aku terus pusing berlari2 anak balik ke station plaza rakyat. bahu kanan galas bag baju adidas, belakang galas laptop, tangan kiri pegang bag kain isi kuih2 raya bagaii.. harung terowong pejalan kaki yg tak beraircond tuh.. mengah berpeluh2..

ish aku terpikir kalau tertinggal bas nih, macam mana nak balik singapore? dah sah2 susah dapat bas time2 balik raya macam nih.

oh god oh god oh god.

sampai2 ke station plaza rakyat, aku terus check train network map.

plaza rakyat ke.... hmmm.. takde pun bukit jalil? kena change train ke? train line mana pergi bukit jalil?

time tu laa aku realized banyaknyer train kat KL nih. star laa, putra laa, komuter, klia transit blah blah blah.. aku carik information counter. alamak, takde. cuma ada ticketing counter. banyak pulak orang beratur nak beli ticket. tak paham aku, machine ticket banyak2 beratur kenapa orang beratur beli kat kaunter?

anyway, aku rasa tak sempat kalau aku naik train. nak tukar line lagi.

aku patah balik ke puduraya. aku berlari rempuh jek ulat2 depan kaunter2 ticket tuh dengan bag kat kiri kanan aku. gasak laa. yg pasti, aku nak ke jalan besar at the other side of puduraya a.s.a.p.

ok tahan taxi.

wah terus ada taxi berenti. aku dah nak buka pintu tapi driver taxi turunkan tingkap. nak tanya destination laa tu.

bukit jalil?
aku tanya.

dia geleng2, terus tutup tingkap dan blah. cheh.

aku tengok jam. already less than 15 minutes to 10.30am.

tak kuasa aku nak maki taxi tuh. mana taxi lain? aku terkinja2 sampai dekat ke tengah jalan menahan taxi. tak kisah pon apa2 yg nampak macam kereta tumpang aku tahan. desperate okee..

hah ada taxi berenti. pakcik pakai kopiah.

bukit jalil?
aku tanya.

pakcik tu angguk. alhamdulillah. leganya dapat duduk at last.

'pakcik, saya ada bas 10.30am. cepat sikit ok'.

pakcik tu tengok jam. aku tengok muka dia sceptical jek.

'kalau pakcik sempat sampai, saya bagi extra'.

tu dia. belum seminggu dalam bulan syawal, aku dah rasuah pakcik tuh. aku tak kisah, dia langgar speed limit ke, lampu merah ke, orang naik beskal ker, janji aku sampai.

dalam taxi aku jenuh call transnasional singapore branch. sebab tu jek nombor aku ada dalam phone book. aku mintak phone number transnasional kl. dapat jek, terus aku call.

cepat pulang ada orang angkat. time ni ok pulak service dia.

'kak, gini.. bas saya ke singapore pukul 10.30am. tapi kat ticket tulis naik di puduraya. ni saya kena bergegas ke bukit jalil. boleh suruh bas tunggu saya kejap tak?'

akak tu jawab,'
takpe, awak sampai bukit jalil nanti awak pegi je ke platform 4'.

'yelah, tapi saya takut tak sempat. saya dalam taxi nih. 5-10 minit tunggu pon ok'.
pakcik taxi tadi kata kalau tunggu 5 minit pon sempat aku sampai.

'awak pegi je ke platform 4 ok'.

bangang ke apa akak nih? isk.. sakit hati cakap dengan orang macam ni time2 aku gelisah nih..

at last, aku sampai bukit jalil. aku rasa macam pelari marathon okee, dah nampak garisan penamat. masalahnyer, sempat tak?? jam tepat2 pukul 10.30am. jam aku ler.. wah2.. 15 minit jek dari puduraya ke bukit jalil. pakcik ni agaknya ada superpower.

tambang dekat2 10 hengget tapi aku hulur pakcik tu 30.

'eh banyak nih!'
pakcik tu kata.

'takpe laa pakcik, duit raya...'

terus aku keluar berlari laa ke platform 4.
o oh ada bas tulis KL-JB-Singapore.

aku naik je tangga bas, driver bas tu tanya,
'awak duduk seat 6C kan?'.

haa ni mesti dia tunggu nih. hmm.. ok gak laa kan. setakat lewat sikit. yg pasti, aku lega. barulah jantung aku tak rasa macam nak jatuh. time aku duduk kat seat aku, wah rasa lapang sesangat. macam baru lepas naik rollercoaster okee. padahal, naik bas bodo jer.

what an adrenaline-filled morning!



...adie

10 thoughts on hari raya

...imported from ~unsent



1) hari raya is such a family day
we prepare for the big day together (clean and decorate the house, prepare the foods etc), then we spend the big day together (have the same sumptuous meals, go to the mosque in the same car, visits relatives) and then spend the after raya effect together (getting sick of the same food) too. in short, for that few days, we always see the same face, and we like it.

2) duit raya giving should be abolished
i mean, that money in green packets all working people is expected to hand out to non-working people during hari raya. as if we don't already spend a lot preparing for the day. at least, make it to be given only by married people. it's not fair for non-married people you know, who's already miserable answering question about marriage plan by relatives, and then have to part with our only money soulmates. ok it's not like i'm miserable, but still... hey, teach our youngs the pain of earning money, shall we?

3) forgiveness is such a sad gesture
really. everytime me and my siblings asked for forgiveness from our parents on the morning of hari raya day, we cried. almost, for me anyway. my sister is the worst, she could barely speak and her mascara and eye liner all went down the drain.

4) it's a drive-cow-towards-extinction day
because that's all that we eat for that few days. beef. eat lemang (that glutinuous rice wrapped with banana leaves cooked inside bamboo pieces) with beef rendang, eat ketupat (that compressed rice cooked inside coconut leaves) with peanut sauce added with beef serunding. these dishes were in almost every house we visited too.

5) i have 1001 living relatives
i may not meet them for the rest of the year and most i don't even know their names or remember their faces or how we are related, but man, do i have lots of blood relatives. when i was in my grandpa's village, people kept coming in visiting and i was like, who the hell are these people? it's almost a wonder why siti nurhaliza wasn't one of them.

6) teenagers do the craziest (stupidest) things
like sleeping on the train track. i heard that during the fasting month, 5 teenage students from nearby hostel escaped from nightime hostel curfew, somehow ended up sleeping on nearby railway track. in the middle of the night, the train came and 2 of them didn't manage to wake up on time. stupid? well, my auntie said they were sniffing glue that night, which would make more sense...

7) ghosts do exist. or do they?
i heard story about this black furry without-head figure that likes to pin people down on the bed from a neighbour's house. that house has an old grave underneath the stairs. plus, the old abandoned houses in the village has many 'mysterious beings. last time the villagers like to rare these, well, paranormal beings to help them in their everyday's work. when these villagers die, these 'things were left unattended in the emptied house. have you ever wonder why some abandoned house become bad so fast, but when people stay there without doing any house fix it won't become bad at all?

8) the government is evil
they want to add in a new railway track in addition to the existing one that runs across my grandpa's village but i heard they are going to take the villagers' land that could make 20 railway tracks. the notice is up but the villagers were not told of any compensation deal yet. this looks like a losing battle. if this is true, i'm left without a village by next year.

9) everybody looks for chicken after hari raya
call it post hari raya effect. after we returned to the city, we decided that we were sick of hari raya food. so we went out to buy some kfc. the take-out line was long. apparently everybody was sick of hari raya food too. alternative? chickens. everybody was buying in buckets until they ran out of fried chickens. so we drove to mc donalds but there we have to wait 30 minutes for them to prepare another batch of sold-out fried chickens. it was a night of fried chicken hunting and we failed. we ate pizza hut instead.

10) ermmm.. i thought of writing this haha...
ok no more thoughts. i'm sleepy. it has been a busy day so i want to sleep now.


..till next year hari raya!




...adie

raya pertama... done!

Thursday, October 2, 2008

eh raya kan.. rasa laaaamaaaa jek. kenape ek? raya pertama pukul 5 petang dah rasa macam raya ke-3 ke-4 gituh.

agaknyer sebab banyak activiti kot. yelah biasa time cuti kan dok melepek depan tv, atas katil, depan pc minum milo panass..

kalau raya, macam tahun nie, lepas mintak maaf balik sembahyang raya, sibuk melayan besan2. bapak aku ler melayan besan2 :-immediate family adik laki aku, lepas tu bakal suami adik pempuan aku.

kiranyer, kalau bapak aku takde besan lagi, takde pengunjung langsung semalam.

aku nak harapkan kawan, ermm kat kl ni takde laa. tu laa kalau sekolah kat sekolah methodist yg majority nyer non-malays, lepas tu study oversea. keje pulak kat singapore.

tapi relatives banyak. masa ni laa kan nak melawat. hari ni raya kedua, kejap lagi nak balik rembau, rumah datuk aku belah mak.

rumah kampong so lain sikit laa suasana nyer. orang kampong ni kalau jumpa mesti, eh anak sapo nih? anak si ejah yo? laaaaa dah bosa panjang dah... tiap2 tahun laa dia menanya. dah tua kan.. tak ingat kot. ok lah, as long as tak masuk bab, eh berapo anak kau dah??

banyak betul aku makan daging. iskkk.. banyak lagi dari sepanjang tahun sampai sebelum raya nih. aku ni jenis yg tak suka makan daging. red meat, lembu ker, kerbau, kuda, gajah sumer..

bakal suami adik aku pulak call dari segambut, tanya mana nak carik kepala lembu. eeekkk!! kepala lembu! kenapa ada org makan kepala lembu luar dari fear factor?? tak paham aku.. pada aku.. GROSSS..

mak aku pulak terus kata, kepala lembu? haa pegi dekat area zoo negara sana ada stall jual kepala lembu berderet.. seolah2 tiap2 minggu laa dia membeli. terkejut aku. rupa2nya mak aku nampak masa lalu tahun lepas..

tak makan daging pon, tapi raya kan. apa rupanya kalau tak makan rendang. macam pergi raya semalam, orang hulur pinggan. takkan nak makan kuih raya jek. nanti orang ingat mat salleh sesat.


hidangan pagi raya


lagipun mana boleh resist dendeng mak aku ngan ketupat palas kan. even makan ketupat nasi ngan kuah kacang pon letak serunding daging. sepanjang hari semalam tu jek laa menu aku..

semalam, dan nampak gayanyer, ari ni, esok lusa..

errmmm....

cempedak goreng takde ker?



...adie