saturday
1100 - aku plan nak pegi rumah relative aku kat pasir ris nak bagi jemputan kahwin adik aku nov nanti. aku ingat nak datang beraya sekali lah tapi dari sms conversation macam jumpa sekejap pass kad jek. dah siap mandi nih, baru aku realized yg kad tu aku tertinggal dalam celah buku kat office. cheh.
Grade:D
1230 - aku drive ke panasonic kat jalan bukit merah, dekat IKEA alexandra sana. videocam aku punya viewing screen blacked-out ler so aku hantar for repair. videocam ni dah 5 tahun okee baru sekarang ada serious trouble. kesimpulan? good quality. aku sampai ke service counter tu ingat kena beratur lama, tapi ada dua tiga orang jek tengah hantar barang untuk repair.. wah.. aku terus terpikir, mesti berkualiti kot barang2 panasonic, takde byk yg rosak gituh. service officer tu kata maybe kena charge up to 150 dollars untuk repair. kalau takde spare part, maybe kena hantar ke jepun. eeek!! aku nak guna videocam ni masa wedding adik aku nanti. camne? camne?
Grade:B
1330 - aku singgah makan vegetarian food kat jalan bukit merah, dah terlanjur dekat. aku selalu pergi dengan tan tempat ni masa dia keje kat alexandra road dulu. aku sekarang dalam mission kembali ke pre-hari raya shape, so hajat di hati tu nak makan herbal noodles laa. don't laugh ok. tapi takde laa pulak, lama aku menatap menu tuh ala2 macam baca kitab.. so in the end aku main order jek sheng mian, rupa2nya mee crispy dalam kuah hitam tuh. hmmm aku even tak sure if it was that healthy. bummer.
Grade:C
1500 - kawan ofis aku datang 2 orang ke rumah aku. they all selalu datang swimming kat condo aku punya swimming pool sebab tak ramai orang compared tu public swimming pool. ko tau laa singapore ni orang dia keje berenang jek. cuba tanya orang kl, berapa orang yg tau berenang? condo aku ni banyak indiana jones, yg tak berapa suka kot air2 nih.. so most of the time swimming pool tu sepi jek. privacy gituh kalau guna. so aku pun join sekali sebab kalau sorang selalu malas jek nak pegi. elok2 cuaca pun dari panas jadi mendung, air pulak suam2 kuku. very nice swimming session merangkap sessi berangan jadi michael phelps.
Grade:A
1700 - nak tau, rupa2nya kawan aku tuh baru beli kereta! toyota vios sport, weekend car for 31K dollars. murah! ambik loan 23K so bayar downpayment 8K dollarsjek. isk jealous okee. bukan jealous kat kereta vios tu kan, tapi sebab kereta dia baru. sebelum they all balik, aku belek2 kereta dia. masuk bau kereta baru lagi, bau leather. rasa kereta aku tu macam dah lama. isk isk.
Grade:C
2200 - watched movies back to back kat rumah. first, citer 'untraceable'. pasal this guy torture orang then broadcast live in internet. the more orang log in tengok, lagi cepat yg kena torture tu mati. thriller story. my verdict? 7/10. then tengok citer the forbidden kingdom. citer ni mula2 mengantuk aku tengok sampai tertido kejap tapi part2 last lawan2 tuh, segar pulak mata aku. aku memang suka citer kungfu2 yg ada terbang2 nih. so my verdict 6/10. aku tido pukul 2.30am.
Grade:B+
sunday
0930 - aku bangun. terlupa nak tengok spongebob dan totally spies kat tv. isk. godeh2 pc kejap tulis blog. ingat nak turun basuh kereta tapi itu ini begitu begini dah pukul 11am. janji ngan tan nak pegi JB pukul 12. so tak jadi lah aku membasuh. alah kereta kotor sikit, kalau bawak laju2 orang perasan ke? ahaks!
Grade:B
1200 - drive ke toa payoh, pickup tan, dan pegi ke jb. wah causeway tak banyak kereta. very the abnormal okee.. selalu tu berbondong-bondong lah kereta nak masuk jb. ntah nak buat apa kat jb tu pon aku tak tau. cuma kat malaysian custom macam hanjeng skett, slow banget. immigration officers malaysia banyak cuti raya ke? slow ya amat. kadang2 15 minit tak jalan oke. apa masalahnyer.. cop passport jek kan? kenapa lama sangat? agaknya passport orang tu dari muka depan sampai muka belakang dia nak baca. terus khatam sadokallahulazim gituh. baru cop. dah laa panas2 dalam kereta, aircond pun tak rasa. berbakul2 laa we all umpat malaysia time menunggu tuh.
Grade:C
1300 - sampai rumah nora kat larkin residence. ada kawan2 dia termasuk laa sorang perempuan jepun yg pakai baju kurung yg tersangatlah cantiknya. terus aku tanya tailor mana dia tempah kat singapore. hehe mana tau nak tempah baju melayu tahun depan. nora masak nasi impit, kuah lontong dan rendang daging. aku nak cakap, rendang daging nora jadik! rasa macam the actual rendang daging okee. bukan rendang brahim tau. tulen bang. lepas aku makan, nora buat pulak personal desert, letak aiskrim dalam gelas tinggi tuh, potong strawberry dan tabur chocolate rise. wah personal touch.. service manten okee..tak sia2 aku meredah onak belantara kastam malaysia ke jb.
Grade:A
1530 - sempat jumpa tompok sekejap, dia datang dari kempas. sempat laa salam beraya kan. tompok kata dia masa bulan puasa berat turun 4 kilo. lepas raya, naik 4.5 kilo. hehe boleh? makan lemang 2 batang, mana taknye ihikkss!! sempat laa bergambar kejap, walaupun tak pakai baju raya. upss.. aku pakai baju raya okee.. bukan baju melayu laa tapi.
Grade:A
1730 - masa drive balik ke singapore, singgah kat yio chu kang dengan tan sebab aku teringin nak makan sushi. yelah dah lama sejak sebelum bulan puasa tak makan sushi. nak pulak, sushi ni termasuk dalam healthy food laa kan. 99 cents sepinggan kat nihon mura. murah oke.. dan kualiti dia bukan laa kualiti sampah macam sushi king kat mesia tuh. pathetic sangat saper yg makan sushi king. very plastic. cuma sebelum nak masuk parking tu aku brek mengejut nak buat left turn, sikit lagi kereta belakang nak langgar. panjang hon aku kena. hehe.. hazukashikattak wa.. (malu di tahap hampir maksimum).
Grade:B
2000 - tengah berbelah bagi. harus ke aku turun sekejap pegi gym or swimming. malas rasanya. esok will be a hectic day at work, belum apa2 dah terasa kepenatananya. ermm.. maybe i should conserve some energy dan just work out tomorrow? esok malam ada plan main tennis.. hmmm
Grade: not gradable.
Whole Weekend Grade:B
~ almost realistically quite down-to-earth enjoyable
...adie
aahh?
event kat rumah mak dapat gred A??
mak terharuuuuu tauuuuuu....
gambor takde meh?
October 13, 2008 at 3:30 PM
**rasa macam the actual rendang daging??.."...memang rendang daging oke..gigih aku bersengkang mata..sonang jer resepi...lepas campak semua bahan...mak kecikkan api..jadik lah iaaaa
October 13, 2008 at 3:32 PM
nmpk tembam sket..dh tuka jd afdlin shauki ka?
October 14, 2008 at 12:43 PM