the amazing puduraya race
Friday, October 10, 2008
tiap2 kali aku balik ke singapore dari kl, aku ambil bas di puduraya. selalunya bapak aku akan hantar aku ke station lrt cempaka, dan dari situ aku ambik train ke station plaza rakyat aka puduraya.
ahad lepas, macam biasa bapak aku hantar aku ke station cempaka. aku selalu pergi awal sikit sebab pernah sekali train tiba2 berhenti kat station maluri. no announcement no nothing. sengap jek. aku cuak sebab kalau tak jalan nanti tertinggal bas. last2 tunggu tak jalan2, aku blah ambik taxi.
but ahad lepas, the train ride was smooth laa pulak. sampai di plaza rakyat, aku pun pelan2 jalan ke kaunter transnasional puduraya. aku dah siap2 upload e-book dalam laptop so this time tak payah beli apa2 reading material.
sampai2 je ke kaunter transnasional, aku terus check information board, yg biasa ada tulis bas2 yg akan berlepas.
alor star 11.00am
kuala terengganu 9.30am
ipoh 10.30am
sungai petani..
kuantan..
eh? mana bas ke singapore?
tiba2 aku ternampak kertas putih terpampang kat sebelah kaunter.
'dari 15 september ke 15 oktober 2008, semua bas menghala ke selatan akan bertolak dari station bas stadium bukit jalil'
hah?
aku check ticket bas aku.
5 Oktober 2008. naik di puduraya.
hah?
laaa.. tukar station ker? isk... aku kat kl dah laa terputus dengan info2 media massa sebab media2 gov ni memang bapak aku dah block. takde national tv, or normal mainstream newspaper kat rumah. macam mana aku tau station bas dah berubah tempat?
aku buat2 bodo tanya abang kat kaunter,
'bang, bas ke singapore naik kat bukit jalil ke?'
'ha ah'
oh god.
'kalau nak pergi sana, naik lrt. jalan jam',
abang tu sambung.
baik laa pulak. ni information salah atas ticket ni sapa nak bertanggungjawab nih? aku tengok jam. alamak, lagi 20 minit to 10.30am. tak sempat aku nak melazer.
isoganakucha!
aku terus pusing berlari2 anak balik ke station plaza rakyat. bahu kanan galas bag baju adidas, belakang galas laptop, tangan kiri pegang bag kain isi kuih2 raya bagaii.. harung terowong pejalan kaki yg tak beraircond tuh.. mengah berpeluh2..
ish aku terpikir kalau tertinggal bas nih, macam mana nak balik singapore? dah sah2 susah dapat bas time2 balik raya macam nih.
oh god oh god oh god.
sampai2 ke station plaza rakyat, aku terus check train network map.
plaza rakyat ke.... hmmm.. takde pun bukit jalil? kena change train ke? train line mana pergi bukit jalil?
time tu laa aku realized banyaknyer train kat KL nih. star laa, putra laa, komuter, klia transit blah blah blah.. aku carik information counter. alamak, takde. cuma ada ticketing counter. banyak pulak orang beratur nak beli ticket. tak paham aku, machine ticket banyak2 beratur kenapa orang beratur beli kat kaunter?
anyway, aku rasa tak sempat kalau aku naik train. nak tukar line lagi.
aku patah balik ke puduraya. aku berlari rempuh jek ulat2 depan kaunter2 ticket tuh dengan bag kat kiri kanan aku. gasak laa. yg pasti, aku nak ke jalan besar at the other side of puduraya a.s.a.p.
ok tahan taxi.
wah terus ada taxi berenti. aku dah nak buka pintu tapi driver taxi turunkan tingkap. nak tanya destination laa tu.
bukit jalil?
aku tanya.
dia geleng2, terus tutup tingkap dan blah. cheh.
aku tengok jam. already less than 15 minutes to 10.30am.
tak kuasa aku nak maki taxi tuh. mana taxi lain? aku terkinja2 sampai dekat ke tengah jalan menahan taxi. tak kisah pon apa2 yg nampak macam kereta tumpang aku tahan. desperate okee..
hah ada taxi berenti. pakcik pakai kopiah.
bukit jalil?
aku tanya.
pakcik tu angguk. alhamdulillah. leganya dapat duduk at last.
'pakcik, saya ada bas 10.30am. cepat sikit ok'.
pakcik tu tengok jam. aku tengok muka dia sceptical jek.
'kalau pakcik sempat sampai, saya bagi extra'.
tu dia. belum seminggu dalam bulan syawal, aku dah rasuah pakcik tuh. aku tak kisah, dia langgar speed limit ke, lampu merah ke, orang naik beskal ker, janji aku sampai.
dalam taxi aku jenuh call transnasional singapore branch. sebab tu jek nombor aku ada dalam phone book. aku mintak phone number transnasional kl. dapat jek, terus aku call.
cepat pulang ada orang angkat. time ni ok pulak service dia.
'kak, gini.. bas saya ke singapore pukul 10.30am. tapi kat ticket tulis naik di puduraya. ni saya kena bergegas ke bukit jalil. boleh suruh bas tunggu saya kejap tak?'
akak tu jawab,'
takpe, awak sampai bukit jalil nanti awak pegi je ke platform 4'.
'yelah, tapi saya takut tak sempat. saya dalam taxi nih. 5-10 minit tunggu pon ok'.
pakcik taxi tadi kata kalau tunggu 5 minit pon sempat aku sampai.
'awak pegi je ke platform 4 ok'.
bangang ke apa akak nih? isk.. sakit hati cakap dengan orang macam ni time2 aku gelisah nih..
at last, aku sampai bukit jalil. aku rasa macam pelari marathon okee, dah nampak garisan penamat. masalahnyer, sempat tak?? jam tepat2 pukul 10.30am. jam aku ler.. wah2.. 15 minit jek dari puduraya ke bukit jalil. pakcik ni agaknya ada superpower.
tambang dekat2 10 hengget tapi aku hulur pakcik tu 30.
'eh banyak nih!'
pakcik tu kata.
'takpe laa pakcik, duit raya...'
terus aku keluar berlari laa ke platform 4.
o oh ada bas tulis KL-JB-Singapore.
aku naik je tangga bas, driver bas tu tanya,
'awak duduk seat 6C kan?'.
haa ni mesti dia tunggu nih. hmm.. ok gak laa kan. setakat lewat sikit. yg pasti, aku lega. barulah jantung aku tak rasa macam nak jatuh. time aku duduk kat seat aku, wah rasa lapang sesangat. macam baru lepas naik rollercoaster okee. padahal, naik bas bodo jer.
what an adrenaline-filled morning!
...adie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aloooo...alooo...
sebijikkkk banglaa oke...
ini macam pengalaman pagi syawal aku jerrrr..
http://nota2jalanan.blogspot.com/2008/10/pagi-raya-dari-kaca-mata-seorang_07.html
wakakakaka..kita dua memang banglaaaa....hikssssssss
October 11, 2008 at 2:28 PM
ahahaha ha ah laa.. kita bangla sokkurik... ahahaahha...
October 11, 2008 at 2:48 PM
cerita yang sungguh menarik....
selamat hari raye...=)
September 26, 2009 at 9:51 AM