ok entry nie mostly pasal... (gulp!!) kawin.
last week, was my lil' sis wedding. dia ni laa satu2nya pempuan among my siblings. selalu kat rumah dia laa yg selalu tolong my mum kat dapur, kalau raya tu buat kuih raya, masak kek etc etc. tup2 dah kawin dahh...hmmmm alahai...
this time, the wedding theme colour is 'brown'. so hantaran dia look something like this...
mak aku buat hantaran sendiri ok. makcik2 aku (adik2 dia) jadi side-kicks...kita buat (i mean, my mum) buat 11 dulang hantaran sebab pihak lelaki akan hantar 9 dulang. apparently, hantaran nie mesti dalam odd numbers, dan pempuan mesti lagi banyak dari lelaki.
hmm time aku nanti, aku akan hantar satu dulang, pempuan tiga dulang. bolley??
aku juz terperplex sket dengan hantaran nih. salah satu hantaran adik aku untuk bakal suami dia ialah perfume dengan nama 'unforgivable'. motif?? dalam betul maknanya tuh, ala2 hidden statement "aku bagi ko 'unforgivable' perfume nie sebagai ingatan, lepas nie ko buat tak senonoh, tiada maaf bagimu, akanku terus hantar polong"... hahahahaha...
Friday Nov-14th
walaupun aku kata wedding theme colour brown, the first ceremony -jumaat malam lepas ishak- ialah majlis akad. majlis akad nie biasa pihak pempuan yg akan host. so bagi our family, first time buat laa.
majlis akad tu theme dia warna pink. so warna baju pengantin pon pink. bilik adik aku pon bercat pink. cadar katil dia pinkish white, dan aku dengar RM750! wah aku nak duduk atas tu pon kebas ponggong....
mak dan makcik2 aku pon sedondong laa buat baju warna pink.
dalam pukul 9pm, rombongan pihak lelaki pon sampai. depan sekali ialah pembawak2 dulang. materialistik tak adat kawin melayu? kira kena rasuah dulu dengan hantaran2 bagai sebelum apa2 pon. nasib baik jek kita tak berpantun2 depan pintu mintak pengeras sebelum kasi they all masuk.
bila dah disusun sebelah2 hantaran lelaki dan perempuan, saujana pulak mata memandang. yg dari lelaki, dulangnyer hijau (sebab theme colour they all hijau).
tok imam pon dah sampai, so majlis pon bermula. imam ni sebagai pengatur acara, dia bagi ceramah kat situ pasal tips2 dan ingatan do-and-don'ts lepas kawin. kalau suami buat gini-gini, isteri buleh bawak masuk syariah court, kalau isteri buat gini-gini, suami boleh jual isteri.. macam2 laa.. sampai aku dengar pon macam takut..
bapak aku pulak dah berpeluh2 tuh. dia laa yg akan nikahkan they all nanti sebagai wali pihak pempuan. dia dah kata, dia ada satu peluang nie jek sebab dia ada sorang jek anak pempuan. kalau salah, takde peluang laa nak buat the second time hehe...
tik-tok-tik-tok adik aku pon selamat diijabkabulkan.. one take jek. waa dah jadi bini orang adik aku. hmmm macam tak percaya jek.
singgahsana kecik ni we all setup kat ceruk rumah. punya laa lawa, nak buat bunga telur tu punya laa lama.. tapi they all duduk atas tuh ada laa 2 minit.
bergambar kat luar tepi khemah yg we all pasang luar gate. kesian pengunjung2 sumer makan malam lepas pukul 10pm. aku pon punya laa lapar nih.. baju aku tuh baju raya bebaru nie jekk.. better dari cousin-mousin aku, pakai t-shirt sempoi jek..
Saturday Nov-15th
ok esoknya, pagi2 bapak aku dah heret aku gi dewan nak buat final check. aku punya first impression? waa not bad theme brown nie. frankly masa adik aku kata warna brown, aku kata, apsal pilih warna orang tua?? tapi grand gak laa.. masuk pintu jek, bau semerbak punya melur..
pelamin nie setup nuuuun sana di hujung dewan. bapak aku kata pelamin nie untuk bergambar jek. as a symbol kan. kata dia, bersanding nie asalnya adat2 orang hindu. errmmm ye ke?
total kita kira, ada 48 meja, termasuk 8 meja VIP yg bawah kubah reben tuh. bunga2 ros putih yg besar bagak tuh semua real flowers ok. in fact, semua bunga2an dan pokok2 dalam dewan nie semua betul. tulen bukan palsu ok.
yg sedikit palsu, ialah mak andam. ok ok i take that back. nama mak andam ni r-u-mi, yg pakai baju ungu tuh. adik aku laa yg bisik sebelum dia datang yg dia ni lelaki. adik aku risau kalau bapak aku perasan hehehe... aku kata, alah setakat mengandam pakai berus, gincu, mascara bagaii, bukan dia tenyeh2 pon muka dengan bare hands ye tak?
dia ni supposedly very good, make-up artis2 gak. dia charge RM300 untuk satu session. so majlis akad, majlis ari ni dan majlis kat rumah lelaki esok dia lah yg mengandam. waa dah RM900 ok. ok laa kan.. aku suka solekan dia kat muka adik aku. dulu masa majlis tunang mak andam pempuan tulen buat tuh tebal semacam jek.
cuma yg aku tak tahan, bila mak andam ni bongkok nak ambik something, kan biasa seluar jeans akan terlorot bawah kan...maka ternampak laa kat belakang dia pakai underwear g-string. ok more like T-string. errkkk... very the prominent ok.. aku tahan ketawa jek. adik aku sampai sudah tak perasan.
moden tak? mak andam with a g-string.
biler rombongan pihak lelaki dah sampai dan dah duduk, pengantin pon keluar. lepas ketibaan diumumkan, pengantin pon masuk dan berhenti kat arch nih. kumpulan marhaban pon start nyanyi marhaban kat depan. habis jek, sambung dengan selawat.. dan masa selawat nie laa dua2 pengantin jalan perlahan2 menuju ke atas pentas.
sekarang pengantin atas pentas. mak aku tengok gambar nie, dia kata, eh lawa pulak tengok bunga2 ros tuh. laa tenggelam pengantin ye tak? kat belakang, ranting2 kayu tu dililit dengan bunga melur. padan laa dewan semerbak bau bunga melur.
yg nie aku sesaja nak mencelah, dukung anak sedara yg kiut miut tuh. ntah mana dia dapat habit nie, dia asyik tutup hidung. tak tahan bau bunga melur ke? ahahaha..
pengantin-eye view of the dewan. ermm meriah. takde lagu saloma jek. bapak aku tak bagi pasang lagu2 sebarangan.. so yg ada lagu2 nasyid jek. dan lagu wassini-wahida.
aku haram tak kenal mostly pengunjung2 nie. mana satu kawan2 adik aku, kawan mak bapak aku, ker relatives2. sumer sama jek kan. although its pretty cool, sumer dalam dewan ni somehow closely related to our family.
dan aku tak ambik pulak gambar lauk-pauk. rendang ayam dia puuuhh!! terangkat!! seminggu kat rumah lepas aku balik singapore, aku still makan mak aku bekalkan. actually aku tak sure kita panggil rendang. mak aku kata, blend bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering, lepas tu tumis dan masukkan gula banyak dan tumis sampai gula tu jadi caramel dan masukkan ayam yg dah separuh goreng. macam simple kan? harus aku cuba..
yg nie cousin-mousin aku, plus makcik aku. keje they all nie jadik penganggar, bagi bunga telur dan wedding door gifts. yg tudung coklat pekat tu brides-maid.
baju we all coklat nie, sebenarnya sponsored. pengantin yg sponsored hehe.. adik pempuan aku beli kain, lepas tu distribute kat we alls, so kita pandai2 laa carik tailor tempah. yg lelaki senang jer, buat baju melayu. yg perempuan laa boleh jadi kreatif sikit, nak buat baju kurung ke, kebarung ke, kebatat...
upacara memotong kek. masa kawin adik lelaki aku dulu, kek dia yg top layer jek betul, yg tingkat2 bawah sumer palsu tapi yg nie semua tingkat kek betul! sampai sekarang ada lagi satu tupperware kek tuh dalam peti sejuk aku. sedap, tapi tak termakan aku banyak2.
kat belakang nampak tak white screen? kita pakai projector nak pancarkan video yg aku buat dengan gambar2 adik aku dengan suami dia ~the life journey dari kecik sampai laa ke jinjang pelamin. aku punya laa letak soundtrack lagu christina aguilera 'too be@utiful for words' tapi of course laa tak lepas lembaga penapisan filem a.k.a bapak aku, so kena mute... next time harus aku letak soundtrack raihan.
time nie most of the guests dah balik, masa sessi bergambar. semua sedondong warna coklat. mula2 ambik gambar control hensem control ayu, lepas tu ntah sapa punya idea, nak buat aksi giler2, so we all capai bunga2-an kat sekeliling dan baling. lepas tu baru aku tau, bunga ros putih tu imported specially from china okee.. mahal. we all main lambung2 jek dalam gambar yg last tuh. kalau wedding planner tu tengok, mesti sakit jantung.
lepas tu cakap pasal baling bunga, aku lawak2 suruh adik ipar aku tuh baling bunga bouquet pengantin. selalu kalau dapat tangkap bunga tuh, kengkononnya lepas tu turn org yg tangkap bunga tu pulak kahwin (pernah dengar kan?). so aku pon beriya2 lah nak menangkap bunga tuh.
result? tangan aku terkena dawai bawah bunga tu sampai berdarah, dan bunga jatuh ke lantai.
bolley?? oh apakah ini petanda?? huk! huk!
Sunday Nov-16th
ok hari ahad ialah majlis rumah pengantin lelaki. seperti yg nyata dalam gambar nie, theme dia kaler hijau. sebab they all buat dekat kawasan rumah dekat segambut, dapat laa berarak sekejap dalam 20 langkah. pengantin pon dapat rasa berpayung, berbunga manggar semua.
khemah they all buat dekat kawasan luar rumah untuk rakyat jelata. aku dan rombongan tak mencemar duli pon sebab terus menuju ke meja vip dekat tepi rumah hahahaha.
kelezz tak masing2 memperagakan spek mata hitam? ala2 persidangan mak datin pon ada, ala2 panca sitara pon ada. aku sibuk tengok sapa yg pakai the latest trend, hah adik laki aku rupanya yg ended up dengan sunglass paris hilton. oh tidakk...
lepas duduk jek terus ada kumpulan kompang dekat belakang yg start berkompang. aku haram tak dengar, terus capai sudu senduk lauk. lapar ler, pagi makan ala kadar, tak kuasa ak menunggu kompang. ntah biler kompang berhenti aku tak perasan, tiba2 jek telinga aku tangkap lagu uji rashid dan hail amir. lirik dia ala2 camnie..
'wahai cik abang, mengapa jadi bujang terlajak..'..
aku blank. apa kes??
belum sempat aku meratah2 lauk (sedap lauk daging rendang dia), dah pengantin kena panggil masuk dalam rumah untuk upacara bersanding. hmm aku pon pasrah, nak pulak tiba2 pengacara ada pulak list nama yg dia panggil untuk menepung tawar.
yg first sekali, bapak aku. hehe.. aku interested jek nak tengok dia menepung tawar, since dia kan tak setuju adat bersanding nie. tapi semua berjalan lancar. yg kelakar, agaknya sebab we all sumer tak selalu menepung tawar kan, lepas dah dekat 10 orang, baru laa ada yg pandai renjis air mawar. kalau tak setakat tabur bunga rampai jek, termasuk laa aku hehehe...
family photo again. baju tak vogue laa kan. aku mana pernah ada baju batik nak pakai? ada sehelai jek kemeja aku bawak dari singapore, so baju tu laa yg aku pakai.
lepas tu pakat tengok pengantin jek menyuap kek pada satu sama lain. hmm by now, dah jemu ler, balik2 tengok aksi suap kek. suap pulak segentil kecik jer. cuba bagi sekepal kek tu sumbatkan dalam molot, baru ler ada unsur-unsur hiburan. tak pon baling kek ke muka etc...
at the end of the day, adik aku selamat diijabkabulkan dan selamat mengharungi majis tiga hari dua malam. penat, tapi aku tumpang gumbira.
semoga kekal ke anak cucu. amin.
...adie
semoga bahagia hingga ke akhir hayat..amin.
November 24, 2008 at 10:54 AM
adi..awatttttttt gambar hang kepitttttttttttttttttttt!!!?????
miyahahhahahahahhahahahaa,.
November 24, 2008 at 12:09 PM