Blogger Templates by Blogcrowds

my sister's wedding

Thursday, November 20, 2008

ok entry nie mostly pasal... (gulp!!) kawin.

last week, was my lil' sis wedding. dia ni laa satu2nya pempuan among my siblings. selalu kat rumah dia laa yg selalu tolong my mum kat dapur, kalau raya tu buat kuih raya, masak kek etc etc. tup2 dah kawin dahh...hmmmm alahai...

this time, the wedding theme colour is 'brown'. so hantaran dia look something like this...





mak aku buat hantaran sendiri ok. makcik2 aku (adik2 dia) jadi side-kicks...kita buat (i mean, my mum) buat 11 dulang hantaran sebab pihak lelaki akan hantar 9 dulang. apparently, hantaran nie mesti dalam odd numbers, dan pempuan mesti lagi banyak dari lelaki.

hmm time aku nanti, aku akan hantar satu dulang, pempuan tiga dulang. bolley??





aku juz terperplex sket dengan hantaran nih. salah satu hantaran adik aku untuk bakal suami dia ialah perfume dengan nama 'unforgivable'. motif?? dalam betul maknanya tuh, ala2 hidden statement "aku bagi ko 'unforgivable' perfume nie sebagai ingatan, lepas nie ko buat tak senonoh, tiada maaf bagimu, akanku terus hantar polong"... hahahahaha...





Friday Nov-14th

walaupun aku kata wedding theme colour brown, the first ceremony -jumaat malam lepas ishak- ialah majlis akad. majlis akad nie biasa pihak pempuan yg akan host. so bagi our family, first time buat laa.

majlis akad tu theme dia warna pink. so warna baju pengantin pon pink. bilik adik aku pon bercat pink. cadar katil dia pinkish white, dan aku dengar RM750! wah aku nak duduk atas tu pon kebas ponggong....





mak dan makcik2 aku pon sedondong laa buat baju warna pink.





dalam pukul 9pm, rombongan pihak lelaki pon sampai. depan sekali ialah pembawak2 dulang. materialistik tak adat kawin melayu? kira kena rasuah dulu dengan hantaran2 bagai sebelum apa2 pon. nasib baik jek kita tak berpantun2 depan pintu mintak pengeras sebelum kasi they all masuk.





bila dah disusun sebelah2 hantaran lelaki dan perempuan, saujana pulak mata memandang. yg dari lelaki, dulangnyer hijau (sebab theme colour they all hijau).





tok imam pon dah sampai, so majlis pon bermula. imam ni sebagai pengatur acara, dia bagi ceramah kat situ pasal tips2 dan ingatan do-and-don'ts lepas kawin. kalau suami buat gini-gini, isteri buleh bawak masuk syariah court, kalau isteri buat gini-gini, suami boleh jual isteri.. macam2 laa.. sampai aku dengar pon macam takut..

bapak aku pulak dah berpeluh2 tuh. dia laa yg akan nikahkan they all nanti sebagai wali pihak pempuan. dia dah kata, dia ada satu peluang nie jek sebab dia ada sorang jek anak pempuan. kalau salah, takde peluang laa nak buat the second time hehe...




tik-tok-tik-tok adik aku pon selamat diijabkabulkan.. one take jek. waa dah jadi bini orang adik aku. hmmm macam tak percaya jek.

singgahsana kecik ni we all setup kat ceruk rumah. punya laa lawa, nak buat bunga telur tu punya laa lama.. tapi they all duduk atas tuh ada laa 2 minit.





bergambar kat luar tepi khemah yg we all pasang luar gate. kesian pengunjung2 sumer makan malam lepas pukul 10pm. aku pon punya laa lapar nih.. baju aku tuh baju raya bebaru nie jekk.. better dari cousin-mousin aku, pakai t-shirt sempoi jek..



Saturday Nov-15th

ok esoknya, pagi2 bapak aku dah heret aku gi dewan nak buat final check. aku punya first impression? waa not bad theme brown nie. frankly masa adik aku kata warna brown, aku kata, apsal pilih warna orang tua?? tapi grand gak laa.. masuk pintu jek, bau semerbak punya melur..





pelamin nie setup nuuuun sana di hujung dewan. bapak aku kata pelamin nie untuk bergambar jek. as a symbol kan. kata dia, bersanding nie asalnya adat2 orang hindu. errmmm ye ke?





total kita kira, ada 48 meja, termasuk 8 meja VIP yg bawah kubah reben tuh. bunga2 ros putih yg besar bagak tuh semua real flowers ok. in fact, semua bunga2an dan pokok2 dalam dewan nie semua betul. tulen bukan palsu ok.





yg sedikit palsu, ialah mak andam. ok ok i take that back. nama mak andam ni r-u-mi, yg pakai baju ungu tuh. adik aku laa yg bisik sebelum dia datang yg dia ni lelaki. adik aku risau kalau bapak aku perasan hehehe... aku kata, alah setakat mengandam pakai berus, gincu, mascara bagaii, bukan dia tenyeh2 pon muka dengan bare hands ye tak?

dia ni supposedly very good, make-up artis2 gak. dia charge RM300 untuk satu session. so majlis akad, majlis ari ni dan majlis kat rumah lelaki esok dia lah yg mengandam. waa dah RM900 ok. ok laa kan.. aku suka solekan dia kat muka adik aku. dulu masa majlis tunang mak andam pempuan tulen buat tuh tebal semacam jek.

cuma yg aku tak tahan, bila mak andam ni bongkok nak ambik something, kan biasa seluar jeans akan terlorot bawah kan...maka ternampak laa kat belakang dia pakai underwear g-string. ok more like T-string. errkkk... very the prominent ok.. aku tahan ketawa jek. adik aku sampai sudah tak perasan.

moden tak? mak andam with a g-string.





biler rombongan pihak lelaki dah sampai dan dah duduk, pengantin pon keluar. lepas ketibaan diumumkan, pengantin pon masuk dan berhenti kat arch nih. kumpulan marhaban pon start nyanyi marhaban kat depan. habis jek, sambung dengan selawat.. dan masa selawat nie laa dua2 pengantin jalan perlahan2 menuju ke atas pentas.





sekarang pengantin atas pentas. mak aku tengok gambar nie, dia kata, eh lawa pulak tengok bunga2 ros tuh. laa tenggelam pengantin ye tak? kat belakang, ranting2 kayu tu dililit dengan bunga melur. padan laa dewan semerbak bau bunga melur.





yg nie aku sesaja nak mencelah, dukung anak sedara yg kiut miut tuh. ntah mana dia dapat habit nie, dia asyik tutup hidung. tak tahan bau bunga melur ke? ahahaha..







pengantin-eye view of the dewan. ermm meriah. takde lagu saloma jek. bapak aku tak bagi pasang lagu2 sebarangan.. so yg ada lagu2 nasyid jek. dan lagu wassini-wahida.







aku haram tak kenal mostly pengunjung2 nie. mana satu kawan2 adik aku, kawan mak bapak aku, ker relatives2. sumer sama jek kan. although its pretty cool, sumer dalam dewan ni somehow closely related to our family.

dan aku tak ambik pulak gambar lauk-pauk. rendang ayam dia puuuhh!! terangkat!! seminggu kat rumah lepas aku balik singapore, aku still makan mak aku bekalkan. actually aku tak sure kita panggil rendang. mak aku kata, blend bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering, lepas tu tumis dan masukkan gula banyak dan tumis sampai gula tu jadi caramel dan masukkan ayam yg dah separuh goreng. macam simple kan? harus aku cuba..







yg nie cousin-mousin aku, plus makcik aku. keje they all nie jadik penganggar, bagi bunga telur dan wedding door gifts. yg tudung coklat pekat tu brides-maid.

baju we all coklat nie, sebenarnya sponsored. pengantin yg sponsored hehe.. adik pempuan aku beli kain, lepas tu distribute kat we alls, so kita pandai2 laa carik tailor tempah. yg lelaki senang jer, buat baju melayu. yg perempuan laa boleh jadi kreatif sikit, nak buat baju kurung ke, kebarung ke, kebatat...







upacara memotong kek. masa kawin adik lelaki aku dulu, kek dia yg top layer jek betul, yg tingkat2 bawah sumer palsu tapi yg nie semua tingkat kek betul! sampai sekarang ada lagi satu tupperware kek tuh dalam peti sejuk aku. sedap, tapi tak termakan aku banyak2.

kat belakang nampak tak white screen? kita pakai projector nak pancarkan video yg aku buat dengan gambar2 adik aku dengan suami dia ~the life journey dari kecik sampai laa ke jinjang pelamin. aku punya laa letak soundtrack lagu christina aguilera 'too be@utiful for words' tapi of course laa tak lepas lembaga penapisan filem a.k.a bapak aku, so kena mute... next time harus aku letak soundtrack raihan.






time nie most of the guests dah balik, masa sessi bergambar. semua sedondong warna coklat. mula2 ambik gambar control hensem control ayu, lepas tu ntah sapa punya idea, nak buat aksi giler2, so we all capai bunga2-an kat sekeliling dan baling. lepas tu baru aku tau, bunga ros putih tu imported specially from china okee.. mahal. we all main lambung2 jek dalam gambar yg last tuh. kalau wedding planner tu tengok, mesti sakit jantung.

lepas tu cakap pasal baling bunga, aku lawak2 suruh adik ipar aku tuh baling bunga bouquet pengantin. selalu kalau dapat tangkap bunga tuh, kengkononnya lepas tu turn org yg tangkap bunga tu pulak kahwin (pernah dengar kan?). so aku pon beriya2 lah nak menangkap bunga tuh.
result? tangan aku terkena dawai bawah bunga tu sampai berdarah, dan bunga jatuh ke lantai.

bolley?? oh apakah ini petanda?? huk! huk!



Sunday Nov-16th




ok hari ahad ialah majlis rumah pengantin lelaki. seperti yg nyata dalam gambar nie, theme dia kaler hijau. sebab they all buat dekat kawasan rumah dekat segambut, dapat laa berarak sekejap dalam 20 langkah. pengantin pon dapat rasa berpayung, berbunga manggar semua.


khemah they all buat dekat kawasan luar rumah untuk rakyat jelata. aku dan rombongan tak mencemar duli pon sebab terus menuju ke meja vip dekat tepi rumah hahahaha.




kelezz tak masing2 memperagakan spek mata hitam? ala2 persidangan mak datin pon ada, ala2 panca sitara pon ada. aku sibuk tengok sapa yg pakai the latest trend, hah adik laki aku rupanya yg ended up dengan sunglass paris hilton. oh tidakk...




lepas duduk jek terus ada kumpulan kompang dekat belakang yg start berkompang. aku haram tak dengar, terus capai sudu senduk lauk. lapar ler, pagi makan ala kadar, tak kuasa ak menunggu kompang. ntah biler kompang berhenti aku tak perasan, tiba2 jek telinga aku tangkap lagu uji rashid dan hail amir. lirik dia ala2 camnie..

'wahai cik abang, mengapa jadi bujang terlajak..'..

aku blank. apa kes??





belum sempat aku meratah2 lauk (sedap lauk daging rendang dia), dah pengantin kena panggil masuk dalam rumah untuk upacara bersanding. hmm aku pon pasrah, nak pulak tiba2 pengacara ada pulak list nama yg dia panggil untuk menepung tawar.

yg first sekali, bapak aku. hehe.. aku interested jek nak tengok dia menepung tawar, since dia kan tak setuju adat bersanding nie. tapi semua berjalan lancar. yg kelakar, agaknya sebab we all sumer tak selalu menepung tawar kan, lepas dah dekat 10 orang, baru laa ada yg pandai renjis air mawar. kalau tak setakat tabur bunga rampai jek, termasuk laa aku hehehe...



family photo again. baju tak vogue laa kan. aku mana pernah ada baju batik nak pakai? ada sehelai jek kemeja aku bawak dari singapore, so baju tu laa yg aku pakai.



lepas tu pakat tengok pengantin jek menyuap kek pada satu sama lain. hmm by now, dah jemu ler, balik2 tengok aksi suap kek. suap pulak segentil kecik jer. cuba bagi sekepal kek tu sumbatkan dalam molot, baru ler ada unsur-unsur hiburan. tak pon baling kek ke muka etc...




at the end of the day, adik aku selamat diijabkabulkan dan selamat mengharungi majis tiga hari dua malam. penat, tapi aku tumpang gumbira.

semoga kekal ke anak cucu. amin.



...adie

release date chaos

Friday, November 7, 2008

gini..

pagi aku baru separuh gelas coffee aku minum, aku terus gi jumpa boss. until aku settle things ngan dia, aku tak selera. HR kat US dah kata, there'll be NO PAPERWORK till i hear from your boss.

ok dia dalam office. aku pon tanya update pasal aku punya release date yg dia kata akan bincang dengan supervisor dia. reply dia..

'i'm still waiting for miss xxx to confirm when she will come in to work. i think she's waiting for the arrangement with her HR '.

(btw, miss xxx ni sedang berada di USA where she has been for the past 2 years, training for the company yg baru2 nie closed down because of recession. plannyer, dia ni akan balik ke singapore dan re-join our company. dan boss aku nak about 3 weeks untuk aku brief pasal aku punya workload supaya this girl boleh take over. pada boss aku, selagi this girl tak confirm bila masuk office, dia tak nak issue release date)

loh. still waiting lagi ker? dah dekat 2 minggu okay.

'but she's already confirmed her flight ticket back on nov 14th'.. aku balas. aku dapat info nie dari another colleague. plus, miss xxx ni pernah message aku dalam facebook. pempuan ni dah booked ticket balik, so ada masalah apa lagi ngan HR kat sana? jadual dah clear kan? so boss aku boleh tau bila dia join masuk, so just make sure release date aku at least 3 minggu lepas tuh. aku mintak release date end december, ada lebih 5 minggu. apa problemnyer? issue jer lah!

'wait i see if she had replied my mail'... so boss aku pon terus godeh2 mailbox dia, macam laa ada 1000000 mail yg dia kena sort out dan carik mail dari pempuan tuh. aku pulak tercegat depan pintu. duduk pon tidak. yelah, kalau aku duduk selesa depan dia, lagi lama pulak nanti dia mencarik pelan2.

tiba2 ada pulak sorang manager masuk bilik boss aku tanya pasal work stuff. cheh kacau daun btol. terus boss aku tinggalkan monitor dia dan discuss ngan mamat tuh. aku pulak sambung tercegat depan pintu, ada laa 5 minit. kadang2 mengangguk tanda paham laa apa yg they all discuss, ala2 nak tunjuk that i belong there kan, padahal haram takde kena mengena ngan aku. aku cuma harap they all cepat habis discuss supaya aku boleh sambung sessi ngan boss aku.

lepas mamat tu blah, boss aku pandang aku dan kata, 'err i'll get back with you regarding the date'.

apa kes? but ok laa... sebab issue yg they all discuss tadi nampak macam high profile jek, so aku pon pasrah laa. takpe nanti dekat2 nak lunch aku pester boss aku lagi.

tapi later dekat2 nak tengahari, aku tengah bersiap2 senseng lengan nak ambush part 2, tapi this colleague kata, 'eh he already left lah. he's on leave for the rest of the day'.

hah?

but there's more...

'he'll be away for the rest of next week too'.

oh aku blank okay. blank blank blank. agaknya macam ni laa rasa kalau laki, bini lari or kalau bini, laki lari. pasrah with a capital P. so release date aku tu apa citernyer? aku terkontang kanting okay tanpa release date tuh sebab no release date = no paperwork = no offer letter = no migrate to US.

APA KES????

ok ok calm down. lepas lunch tadi, aku masuk office ada berjela2 lah assigments yg aku kena buat tapi priority aku? PLAN B.

aku ketuk bilik office supervisor boss aku. hah!

aku tanya dia ada tak dia discuss ngan boss aku pasal release date tuh. nak tau, this guy said, 'he talked to me once before, and i thought there's on-going discussion with the HR?'

hmm.. discussion with HR amendenyer? HR tu tunggu hang, hang tunggu HR buat pa??? padan laa berminggu2 nak settle release date.

aku explain yg HR tengah tunggu reply dari boss aku. boss aku takde, so terus aku kata the magic word,' so can you reply the release date to the HR?'.

haa senang kan? tak sampai 5 minit lepas tu dia terus mail HR with my release date!

HOORAY!!!! hah tak kisah pon pasal miss xxx ke yyy ke.. wah aku rasa macam genie baru lepas keluar dari botol okay.. rasanya kalau ada sesapa buat permintaan kat aku time tuh, aku kabulkan ahahahaha...

so now tunggu company baru HR buat offer letter laa. hmm..



...adie

on the run

Monday, November 3, 2008
sekarang pukul 7.09pm. jap lagi pukul 8pm janji main tennis ngan kawan opis. petang tadi hujan punyer lebat, nasib baik sekarang dah berhenti. my frens suruh bagitau kalau court basah sampai takleh main. hmm malas laaa nak turun check, lagipon kalau basah ada special mop untuk keringkan. kalau tak kering lagi, kita hembus laa ramai2.

eh lampu rumah aku asyik terbakar jek. aku ada 6 lampu spotlight in my bedroom, now 3 dah terbakar. takpe lagi coz i ada side-bed lamps. semalam satu daripada side lamp tu pon terbakar. apakah? isk, aku bukak totop lampu laju sangat ke? yelah balik gelap2 gelojoh gituw nak bukak lampu. hmmm lain kali nak bukak switch agaknya kena bukak pelan2. baca bismillah. tak boleh pakai redah jer kot.

tadi sebelum balik aku singgah bilik boss aku. bilik opis laa bukan bilik hotel ok. aku selama ni marah laa kat HR department yg lembab hantar surat offer, tapi rupa2nya dalang di sebalik kelambatan itu adalah sebab boss aku takleh decide aku punyer release date. bolley?? laaa dulu aku dah cakap, end of december ok. tapi boss aku iya2 nak tunggu this ex-colleague yg akan re-join our company setelah branch-out company yg dia masuk tu shutdown. ni kes ludah jilat balik laa nih. this girl tak confirm lagi bila buleh start keje balik sebab some complications with ex-company dia punya HR. boss aku expect dia masuk mid-november, dan boss aku nak 3 minggu untuk aku pass kan aku punya workload kat dia.

3 minggu! lama tuh. aku rasa satu petang jer pon aku buleh transfer knowledge kat pempuan tuh. bukan susah sangat pon keje aku nih. nampak jer complicated. tapi nanti aku suggest shorter transition period, boss aku ingat aku nak cepat2 lepas tangan pulak. tak paham btol. dulu bukan dia ke yg ingat aku selalu free takde keje?? ni sibuk pulak ingat aku ada berbondong2 assignments nak kena buat, padahal aku cuma reading on new technology device jer skarang nih. macam tadi, aku pegi tea-break 1 jam setengah. sibuk mende. hmm ntah laa. tengok laa esok lusa camne.

k lah nak mandi hahaha..


...adie

nasib seorang janda

Sunday, November 2, 2008

kawan aku hantar link nih, dia kata dari drag-queen sharmaine. apparently he (she??) is one popular performer. kalau kat youtube tuh, type queen sharmaine, haa banyak laa persembahan2 dia. kawan aku kata laa..

aku cuba laa tengok. hahaha ketawa sorang2 aku okay.. aku suker dia punya split ending, dan aksi nassiiiibbbb, ya nasiiiiibb!!! heehee.. uppsss!!

so i just have to share this out! do watch with an opened mind :)






...adie

please don't stop the music

...imported from ~unsent


i'm getting my umbrella-ella-ella ready, not because it's rainy season, but because i'm going to the good girl gone bad rihanna's concert at singapore indoor's stadium on nov 13th. woooohooooooo!!!

i like rihanna. she's like the hottest singer nowadays with everything she touches turns gold. ok everything she sings actually turns gold, even platinum certified. with hit songs like unfaithful, umbrella, take a bow, don't stop the music, disturbia etc etc she's the queen on the dancefloor.

and i'm gonna see her on the front row with my popcorn on nov-13th!!

hmm. my sister wedding is on the 14th. i guess i must not party till too late that night since i plan to drive home to kl the next morning. well worst case, i can just depart a bit later 'coz as rihanna says, i'm 0 to 60 in three point five, baby i got the keys....

the concert is just called rihanna! .. which if u asked me, is a bit too-simplistic. i mean, she sang about not wanting to be her ex's murderer! the least she could do is name her tour something.

anyway, here's where i will be that night, if you plan to stalk me that is.





i paid $225 for that seat. pretty upfront huh? i haven't been this close to a big celebrity since janet jackson's velvet rope tour when i could see her ever-flowing sweat testing her water-proof mascara.

for rihanna, i guess i'll just be aware when the sprinklers come on (come on).

i'm so excited. don't tell anybody but i got my twice-a-year performance bonus this month and it's almost half a month's salary! which means, lots of party money. ok maybe just this once because god knows my mind is in disturbia, am i scaring you tonight?

so i'll just sit and wait. hmm seems that's what i always do nowadays. sit and wait. i just can't wait the point when i could say..

how 'bout a round of applause?







...adie @ good boy gone bad