Blogger Templates by Blogcrowds

AidilAdha 2008 : Versi Lemang+Dodol

Wednesday, December 31, 2008

ok i need to do a bit of a catch up. lots of my fans (cewahh!! and when i said 'lots', i mean, ada laa sorang dua..) tanya kenapa tak update blog kan.. well nie dia compilation aku punyer alasan2..


now's that what i called 'alasan' volume 1
- bz settled tranfer (to US) matters
- bz settle not-to-transfer (to US) matters
- pc down, troubleshoot then discovered graphic card down
- installed vista balik, then have to install segala software..urghh..
- short malacca escapade
- and the mother of all 'alasan' --> MALAS..



tu laa citernyer.. alah kalau ko tengok series 'heroes' ke, 'desperate housewives' ke, kan kadang2 they all rest dekat berbulan? masuk december jek, series sumer stopped, sambung balik february next year. hanjengg tak?? at least aku ponteng update seminggu dua jek.. be grateful ok hahaha..

anyway, nie aku nak update pasal raya haji.


RAYA HAJI WEEKEND PART 1 : mesyuarat tanah

sampai2 jek kampung, ada majlis kawin, it's one of our relatives. wait.. dia ni nenek aku punya adik punya anak, punya anak.. so relationship dia ngan aku..

ermm... alah kira relative lah..

lepas jek makan kat beranda rumah we all, ada mesyuarat tergempar. kan aku citer dulu pasal gomen nak ambik tanah orang kampung nak buat KTM punya depot? (actually apa kejadah depot pon aku tak tau.. yg penting, KTM nak ambik tanah we all).

so mereka2 yg terlibat hantar wakil untuk berbahas kat beranda rumah tok mat. sebab ni kan dekat negeri sembilan, yg terlibat rata2 orang pempuan lah sebab dalam adat perpatih, org pempuan ada lebih kuasa. macam X-men laa kiranya..

orang lelaki mengintai2 jek dari celah2 tingkap, so takde laa sesapa yg hidang air bagaiii.. tengok atas meja.. boleng jekk..




noticed muka masing2 berkerut jek. mana taknya, gomen nak ambik tanah harga murah. tanah tu dah laa tanah pusaka ye tak? banyak pulak hantu polong, mana nak carik ganti? setakat 180 ribu hengget, zaman sekarang nak beli lot tandas pon tak cokop.

apa nak buat. kita rakyat jelata memang selalu kena tindas. kalau lot tanah nie kat bukit antarabangsa lain laa citernyer. ni kat rembau. setakat ada KJ jek.. tu pon rumah atuk dia tak terbabit. very the hanjengg part 2.

sapa ada nombor tepon karam singh walia??



terlanjur ari tu birthday my sis, dan baru beberapa hari lepas, birthday my mum. so we all combined laa celebrate. my sis yg beli kek nie.. kira dia beli kek dia sendri, dan we all tolong hembus lilin jek.. i mean, tolong celebrate.



ramai jugak aunty-maunty dan cousin-mousin yg ada. raya puasa pon tak macam nie ok, kehadiran seratus peratus. cikgu mesti bangga tak payah ambik kedatangan.

pikir2.. sedih gak laa sebab nie could be the last time we all dapat kumpul kat kampung tok mat nie. tahun depan agaknya dah takde kampong, we all kena buat video conference jek. hantar lemang dodol pakai facebook poking.

duh..



anyway, esoknya breakfast meehoon goreng dengan telur dadar potong panjang, ada pulak kicap yg diperah asam limau serta ditambah pula cili padi yg dipotong harus. air pulak, air teh panas yg gula dia manis2 buah..

wahh kecur air liur ok.. this is soo what breakfast should be.. bukan waffles or gula muffin.

kita pon beriya2 laa makan sebab lepas tu....


RAYA HAJI PART 2 : OPS DODOL


..kita nak buat dodol!!

haaa... bukan setakat dodol ok, kita nak buat lemang dan rendang sekali!

hmm.. rasa macam dummies kat dalam taman mini malaysia pulak, rumah negeri sembilan..



first, kena potong bawang, halia bagaii.. sebab semalamnyer ada majlis gotong royong kahwin kan, elok jek sebelak rumah ada pangkin. boleh laa bersidai buat operasi nih..

rules potong bawang? potong bawang sebiji, mengumpat 2 kes. kalau topic umpatan tu kita boleh google kat internet, keyword yg paling famess ialah..

'kak bosah'.



sambil tu, pak su sibuk prepare tempat nak bakar lemang. yg nie, territory dia.. kira macam T-rex dah mark territory, orang lain takleh masuk. nak masuk pon tak reti nak buat apa.. buat lemang nie complicated sikit.. salah sikit nanti tak jadi.. macam letak inai laa.. kalau ayam nampak, nanti tak kuning.. banyak pantang larang..



yg senang sikit, start api untuk bakar dodol. letak kayu2 lepas tu letak explosive C4.. upss.. bukan.. apparently pak su ajar kita bakar getah basikal lepas tu timbunkan dalam kayu2 supaya terbakar.

hmmm.. apsal getah basikal? apa impact pembakaran getah basikal terhadap lapisan ozone?



buat dodol nie senang jer bahan2 dia. gaulkan tepung pulut dengan air, lepas tu bakar atas api selama 3 hari. lepas tu masukkan gula merah (makcik aku kata, sedap guna gula enau. hmm gula enau? yg aku tau enau dalam belukar).. lepas tu kacau lagi barang seminggu dua. bulan depan siap lah..

senang tak?



our beloved tok mat membelai2 buluh lemang dengan penuh kasih sayang.





sementara tu kita pon bergilir2 kacau dodol. this was a very hard work ok. kalau kita lari dalam gym atas threadmill tu boleh tengok berapa calories kita burn, sepatutnya sambik kacau dodol pon lagi bagus kalau kita dapat tengok berapa calories kita burn. agaknya berkilo-kilo.

nasib baik jek kalau dodol nie sekali seumur hidup. macam pergi mekah. kalau tak sure masyarakat melayu semua badan penuh muscle.

"eh mat, ko tak gi work-out ke ari nie?"

"aku nak pegi laa nie.. kacau dodol kat gym"






semetara tuh, yg malas nak angkat ponggong boleh laa memerah santan kelapa yg telah diparut di rumah kak bosah. banyak pakai santan ok.. untuk buat lemang jek, kena perah santan dari 10 bijik kelapa (ke 20??). macam pesta santan 2008 laa pulak.

lepas tu boleh laa masukkan pulut di dalam buluh. details aku tak sure ler.. keje aku mengacau dodol. interested untuk maklumat lanjut, check wikipedia.com dan search 'dodol'.




yg best buat dodol sendiri nih, sebab kita boleh makan dodol separuh masak. kalau telur, aku suka makan telur separuh masak. sama laa macam dodol. kat kedai mana ada jual?

"kak, ada jual dodol separuh masak"?

harus ko kena tempeleng.

plus.. ntah kenapa aku suka kerak dodol. kerak nasik aku tak makan tapi kerak dodol best!! dalam dodol yg liat2 tuh, ada part2 crunchy. alaa.. bayangkan makan chocolate cadburry with hazel nut. kan sedap?

agaknya ada laa suku dodol tu habis kita makan mentah2. literally sehingga menjilat jari ok..



sementara tu tiba2 jek rendang pon dah masak. tak perasan aku masa bila they all bakar rendang? kesian.. rendang tiap2 tahun buat laa so kali nie bila ada dodol dan lemang, rendang jadik ala2 resepi kelas 2. kalau dalam titanic tu, rendang nie yg paling last dapat naik bot.. last2 mati kelemasan.

for what it's worth, sedap gak rendang nih.




dodol bila dah masak. simple rule, kalau kita angkat pendayung sampan tuh, dodol tu tak jatuh. kalau kita letak tangan, tak melekat. setakat terbakar kulit jek.

masa start masak kan penuh kawah. tinggal laa seconet bila dah masak. sapa tak menyempat-nyempat mentedarah nih??



dodol yg dah siap dimasukkan ke dalam bekas plastic untuk diagih-agihkan. yg pasti, tak banyak pulak kerak. tu laa rajin sangat mengacau.. dah takde kerak. sapa yg salah?

aku kira..hmm padan laa orang jual dodol sekilo dekat 15 hengget.. kalau aku laa.. jual 20 hengget baru worth it. penat ok.. i have new found respect towards mereka2 yg jual dodol. next time, beli dodol, jangan bargain ok. pasrah jek bayar berapa2 pon sebab buat dodol is very hard work.



peserta2 kem DODOL 2008 bergambar buat kenang-kenangan.

nest time, i suggest government should lupuskan PKLPM (alamak, betul ke singkatan nie?) alaa.. army camp untuk lepasan2 SPM tuh.. instead, gantikan dengan kem dodol. sebab dengan membuat dodol, kita promote hard work and team work. plus, dapat mengekalkan warisan tradisional melayu.

agree?


RAJA HAJI PART 3 : AidilAdha 2008

esoknya hariraya haji. as my faher said many times, raya haji ni sunat balik dari mesjid sembahyang raya baru makan. menu seperti biasa, lemang dan rendang.. plus dodol.



hmmm i love this kind of family gathering. i'm very truly grateful and blessed.



me and my lil' nephew. look alike? hehe....


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429H





...adie

Xmas 2008


photos speak a thousand words.

ok actually malas nak taip hahaha. as usual time christmas, banyak laa lampu2 bergemerlapan dan christmas trees yg berbagai bentuk. orchard road tahun ni theme dia, christmas candies.



christams dinner aku makan japanese. bolley? haha.. at my fav japanese restaurant kat paragon basement. tak salah aku nama dia asahi? tak ingat pulak. sebelah chinese restaurant yg selalu banyak orang beratur. jap restaurant ni mahal sikit laa.. dalam $20-$25 per person range tapi quality top notch. orang kata, we pay monkey, we get monkey kan?



kat bawah nie just outside paragon. apa kena mengena lady kain bulat ni dengan christmas aku tak tau, agaknya santa clause punya bini muda???



kat bawah ni pulak, teddy bears disusun supaya nampak jadi macam christmas tree. tak salah aku kat dalam takashimaya. then seperti biasa ada christmas tree sebesar2 alam dalam takashimaya. tahun nie, that tree is not bad..





everybody is wearing either this santa claus hat, or tanduk devil warna merah (some even berkelip2). aku seriously nak beli yg tanduk devil tu tapi tak jumpa pulak kat mana they all jual. hmmm..





orchard road main entrance. aku ingat nak ambik gambar properly tapi hari we all berpeleseran kat orchard road tuh, hujan renyai renyai laa pulok. orang pulak berlambak2 kat walkway, macam mana nak shoot properly? ambik dari dalam kereta jer laa..



this one is at vivo city. apparently christmas tree ni yg terbesar di... ermm.. asia tenggara? or maybe just singapore? ntah laa.. yg terbesar laa.. tapi nothing speial laa kan.. nampak boring jek.


some other random pics on christmas eve.



hah tiba2 pisang dan nan terpacul pulak kat orchar road lepas aku dinner. jumpa jek, benda pertama dia tanya, tempat nak makan. aku pulak baru spend $60 dinner.. kenyang ya amat pulak tuh dan nak ambik gambar around orchard.

so aku cuma tunjuk camne nak gi lucky plaza dan send them off. gomen ne.. tak plan betul2.. hmm rasa guilty pon ada tapi nak buat camne? bad timing... seolah2 macam ko visit santa clause on christmas eve time dia nak gi deliver presents.. surely santa clause pon do the same right?



Happy Xmas 2008!




...adie